jemput join :)

Wednesday 14 September 2011

Aku kagum denganmu wahai Sahabat..


Assalamualaikum w.b.t untuk semua. Alhamdulillah, hari ini aku masih bernyawa dan berada dalam keadaan yang sangat sihat untuk meng Update blog ini. Walaupun aku berada dalam keadaan yang sangat sibuk dengan kuiz setiap hari dan test setiap minggu, aku luangkan juga masa aku kali ini untuk mengarang.
Post kali ini aku tujukan khas kepada seorang sahabat yang sempat aku kenal tidak sampai pun  sebulan 6bulan yang lalu, namun ukhuwah kami terjalin sampai hari ni. Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi peluang kepada kami  mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.

Ikah..seorang sahabat yang aku kenal semasa menghadiri PLKN Januari yang lalu. Orangnya sangat ceria,peramah dan menyenangkan. Ikah selalu jatuh pitam. Dan biasanya akulah orang yang memapah beliau untuk bangun semula. Beliau pernah memberitahu jurulatih bahawa beliau mengalami tekanan darah rendah namun beliau tidak pernah meminta untukmengecualikan diri daripada program ini. Katanya “takpe..aku tahu bila aku akan sakit….”  Dialog yang biasa kita dengar daripada mulut seorang yang tak mahu menyerah kalah. Aku kagum denganmu wahai sahabat.

Selepas dua atau tiga minggu di kem, kami dikejutkan dengan berita gembira. Ikah telah layak untuk menghadiri interview ALAM(Angkatan Laut Malaysia) di Kuala Lumpur dengan kelayakan result trial SPM. WOW! Waktu itu, semua orang berebut untuk dapatkan biasiswa ALAM. Nak kata elaun yang diberi banyak, memang banyaklah. Sekali lagi, aku kagum denganmu wahai sahabat.
Kemudian, Ikah diberi pengecualian daripada program ini untuk menghadiri temuduga tersebut. Kami semua mendoakan Ikah pada masa itu.Semoga Ikah berjaya dalam temuduga. Tapi, apa sekalipun yang kita rancang, Allah sahaja yang menentukan. Ayah Ikah telah pergi meninggalkan beliau ketika beliau belum sempat menghadiri temuduga tersebut. Suatu peluang yang ditunggu-tunggu oleh semua orang akhirnya terlepas begitu sahaja. Tapi, Ikah tetap sabar. Tetap berdiri teguh disitu. Tidak berganjak. Baginya, mungkin Allah beri yang lebih baik dengan result SPM sebenar. Itulah yang aku doakan untuknya pada waktu itu. Sungguh,aku kagum denganmu wahai sahabat.

Selepas sekian lama menanti, keputusan SPM pun keluar. Walaupun result aku agak cemerlang, tapi aku tidak berpuas hati. Kerana ianya tidak mencapai target aku untuk dapat straight A’s. Sedih Tuhan saja yang tahu. Kemudian aku meghubungi Ikah. Malu juga untuk bertanya. Sebab bagiku, Ikah pasti dapat straight A’s. Maklumlah, result trial beliau pun agak cemerlang.
Ikah memberitahuku resultnya. Tidaklah cemerlang seperti yang aku fikirkan. Jauh bezanya dengan pencapaiannya semasa percubaan. Ikah menangis. Aku jadi serba salah. Maaf sahabat, mungkin aku tidak berada ditempatmu. Kemudian, keluar juga keputusan tawaran ke IPTA/IPTS. Waktu itu, aku terima tawaran UTP, Matrikulasi dan UPNM. Dan aku memilih untuk ke UTP. Bila aku Tanya Ikah, beliau tidak menerima mana-mana tawaran sekalipun. Ikah sedih. Tapi,seperti Ikah yang aku kenal, beliau tak pernah give up. Katanya..”Takpelah Chik, bukan rezeki aku.”..Aku betul-betul kagum denganmu wahai sahabat.Malu aku pada diri sendiri. Aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku dapat. Dah dapat result yang cemerlang, tapi masih merungut meminta yang lebih. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Kami tidak putus-putus menghubungi sesama sendiri walaupun kenal tak sampai sebulan. Yang terbaru, baru-baru ini, Aidilfitri yang lalu, beliau telah menjemput aku kerumahnya untuk majlis rumah terbuka. Tapi aku tak dapat datang memandangkan traffic jam yang agak teruk. Pada tarikh majlis tersebut,aku menghantar mesej untuk meberitahu ketidakhadiranku ke majlis tersebut. Tapi,beliau tidak membalasnya.
Beberapa hari yang lepas, beliau menghantar mesej kepadaku mengatakan bahawa ibunya telah jatuh pengsan tidak sedarkan diri semasa majlis dirumahnya berlangsung. Aku sangat terkejut menerima berita tu. Aku hanya mampu berdoa untuknya. Then, sekali lagi beliau mengantar mesej meminta pandangan aku samada bersetuju membenarkan pihak hospital mengambil ‘air tulang belakang’ ibunya untuk pemeriksaan lanjut tentang penyakit yang dialami. Satu mesej yang sangat menyentuh hati aku pada waktu tu…


“Chik..berat dugaan yang aku terima ni..aku tak mampu Chik..”

Menangis aku pada waktu itu. Aku dongak ke langit. Aku tengok langit yang luas pada ketika itu..

“Ya Allah.. betapa luasnya ciptaanMu..betapa hebatnya kuasaMu…betapa pantasnya Engkau menghancurkan semula segala-galanya sekelip mata.. Aku mohon kepadaMU, Engkau berilah semangat kepada sahabat aku yang tak pernah putus-putus menerima ujianMu, janganlah Engkau menguji beliau dengan ujian yang tidak mampu beliau hadapi, Engkau kuatkanlah iman beliau agar beliau tidak terpesong dari jalanMu Ya Allah….”

Berfikir aku sejenak, banyaknya nikmat yang Allah berikan pada aku yang tak dapat dikecap  oleh Ikah. Jika aku fikir makananku tidak sedap, masih ramai yang tidak ada makanan walau sedikit sekalipun diluar sana. Jika aku fikir bajuku baju murah, masih ramai yang hanya menunggu orang ramai untuk memberi  baju yang sudah tidak dipakai oleh mereka. Jika aku fikir ibu-bapa hanya hadir didunia ini untuk mengongkongku, masih ramai yang memerlukan ibu-bapa dalam hidup mereka diluar sana. Betapa tidak bersyukurnya diri aku suatu ketika dahulu.  

Wahai teman-teman sekalian, andai kamu ingin berasa bersyukur, pandanglah orang dibawah kamu, jangan kamu menilai diri kamu dengan orang diatas kamu. Bersyukurlah denagn apa yang dimiliki sekalipun. Andai kamu terasa sesak didada akan ujian-uijian Allah, pandanglah sekeliling, renunglah ciptaan Allah, nescaya kamu akan berasa bersyukur dengan ujian yang diberi.

Untuk Ikah, teruskan semangat juangmu yang kuat. Ingatlah:

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
                                                                                                       Surah Al-Baqarah,ayat:216.

“(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk member ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air(hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu, dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguhkan telapak kakimu(teguh pendirian)”
                                                                                                    Surah Al-Anfal,ayat:11.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat, Aku mengabulkan doa orang yang memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk(bimbingan)”
                                                                                                      Surah AL-Baqarah,ayat:186.


Sekian sahaja post kali ini. Wahai Ikah, aku kagum denganmu.

4 comments:

'=farbeela=' said...

SMOGA SMUANYA SELAMAT BAGI IBU IKAH..tq chik..

nikmujahidah said...

sama-samalah kita. =)

nani said...

:') Semoga Allah memberkatinye,kamu dan kita semua..

Anonymous said...

salam chik.. kirim kan slm kepada shbtmu.. aku jga mengagumi nya... aku sgt teringin nk berkenalan dgn shbt mu itu.... slm~