jemput join :)

Friday 13 January 2012

Kisah aku yang anti usrah


(p/s:mintak maaf guna pkataan aku, masih tak biasa untuk guna saya/ana. InsyaAllah soon =D)
Assalamualaikum w.b.t kepada yang sudi membaca blog ni yang taklah seberapa hebat seperti blog-blog yang lain tetapi miliki tujuan dan niat yang sama, iaitu menyampaikan. Post kali ini sudah terang lagi bersuluh mengenai usrah. Perkataan ni slalu je kita dengar sejak di bangku sekolah lagi. But ramai orang hanya tahu tidak tahu je. Dulu, bagi aku, usrah ni untuk budak-budak skima/skema (tak tau ejaan,maklumlah orang puteh). Budak-budak yang lurus bendul aje pegi usrah. Budak-budak tudung labuh, tudung besar, pakai jubah and Badan Wakil Pelajar (BWP) je yang join usrah. Bagiku, ianya buang masa.

                Mase kat  MRSM dulu, setiap hari jumaat, bila budak laki pegi aje sembahyang Jumaat, budak perempuan wajib masuk surau, usrah. Dan waktu tu, akulah orang terpantas pikir macammana nak larikan diri/sembunyikan diri atau senang cerita taknak pergi usrah la. Even semua dormate aku ke surau(setiap dorm ada 20 orang something), aku rela duduk sorang-sorang. ‘Menghadap buku’ konon-kononnya. Sanggup sembunyi dalam jamban, oppss,, tandas.  Pernah berkejaran ngan warden, penah kena jemur tengah padang, penah kena rotan becos tak pegi usrah. Semuanya berpunca dari  taknak usrah.

                Bila dipikir balik, banyaknye dosa ngan warden dulu. Espeacially ngan sorang warden pompuan ni. Aku bagi nama Cik S lah ye. Bila time Cik S bertugas je(hari Jumaat), aku and kengkawan yang lain mesti relax je. Sebab tahu, mesti boleh lepas punya lah. Warden ni tak macam warden laki, nak kejar kami pun macam taknak kejar je. Rotan kat tangan kanan, wisel kat tangan kiri, sambil jalan-jalan macam itik pulang petang.  Boleh imagine tak macam mana kitaorang lari ke tingkat dua bila dia naik ke tingkat satu, bila dia naik tingkat dua, kitaorang turun balik tingkat satu, bila dia turun, kitaorang naik balik dan begitulah seterusnya sampai dia letih. Kejam tak? We all pun sama berpeluh jugak main camtu. Tapi yelahh, kalau dah memang hati keras taknak pegi usrah memang sanggup buat ape je.

                Aku sangat pandang enteng kat usrah ni. Nak tengok betapa entengnya pemandangan(???) aku kat usrah ni, aku suruh budak dorm aku tulis nama aku as naqibah(macam ketua lam usrah camtu la) tapi aku pegi dua kali je sepanjang mase aku Form5. Entah sape plak yang ‘jawat’ jawatan aku time aku ponteng. Ada aku kesah? Aku tak penah pikir pun.

                Bila dah abes zaman skolah ni, aku sambung blajar kat UTP. Haaa.. ni lah kemuncak cerita nih. Tuhan punya kuasa, aku dapat roomate yang agak waraq personalitinya and lebih menggamit perasaan, she’s one year older than me. Same course plak tu. Mase tu jugak aku text hampir ke semua budak batch Form5  aku kat MRSM

“Alamak dapat roomate tudung labuh, berjubah!! waraq la aku lepas nie”

(lebih kurang la macam ayat ni,aku pun dah lupa)

                Tu la manusia..takutkan benda yang elok. Kalo dapat roomate punk ke mase tu, takde la segempar itu aku kan..hahaha..OK. Tak kelakar. Aku bagi nama Kak S lah ye. (Suka sangat guna uruf S). Kak S ni suka sangat join usrah, daurah and macam-macam lagi la berkaitan ngan keislaman ni. Ok, salah, should be  keagamaan. Bila dia pegi usrah memang sah-sah la dia ajak aku. Bila namanya  ‘kakak’ ni memang tak brani nak bantah la kan(kalo warden brani plak). Maklumlah, aku kenal dia sorang je mase tu. Lagipun, trust me , orang yang pakai tudung labuh ni memang dihormati. Takkan nak tolak pelawaan. Dan aku pun ikut je semua program yang dia join.

Guess what? I was so happy with that way. All sisters in usrah were so very nice to me! That was my first time felt like having sisters. Penah jugak aku tertanya diri sendiri

“buang tebiat ke akak ni semua. Baik sangat macam ada udang di sebalik mee. Sanggup datang jauh-jauh, bawak makanan lagi, luang masa lagi,, tak ke membazir namanya?”

Then my roomate answered it (actually aku terkeluar dari mulut,means, terngomel seorang diri),

“bila kita dah faham ukhuwah tu apa, memang kita akan sanggup buat apa saje demi menjaganya”

Aku macam tak faham sebenarnya. Then, after a few usrah, I did understand it. Aku belajar mengenali,mencintai  Allah semula, aku belajar berkenalan dengan akhlak Rasulullah dan para sahabat. Baaaanyaakkk sangat perkara baru yang aku dapat dari usrah yang dulunya memang aku anti gila. Sampailah ia membawa kepada perubahan pada diri aku. Dan aku senang dengan perubahan ini. Usrah dah selamatkan aku dari hanyut dek ombak dunia(ececece,, sastera plak). Tapi tulah kenyataannya.

Di sini aku nak ajak sape-sape aje yang terbaca post ni agar bukalah pintu hati anda untuk usrah J  memang sangat best dan anda pasti berterima kasih pada aku(perasaan), tapi ketahuilah sesungguhnya Allah dah aturkan untuk aku mengarang post ini dan anda semua untuk membacanya. Allah dah pilih ANDA untuk baca post ni. Dan, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan.

Kenapa aku semangat sangat ni?? Sebab:

“DI ANTARA PUNCAK CINTA PADA ALLAH, ORANG YANG MENCINTAINYA TIDAK KUASA MELIHAT MANUSIA BERMAKSIAT DALAM HAK ALLAH. MEREKA INGIN SEMUA MANUSIA MENCINTAI ALLAH, KERANA IA TAHU CINTA ALLAH SANGATLAH INDAH”

(dipetik dari buku”Hati Sebening Mata Air”)
Semoga Allah kuatkan imanku untuk terus beristiqomah.  Kepada Cik S dan Kak S yang TER baca blog saya, I’m so very sorry for the things happened behind  your back dulu. Just untuk meceritakan balik aje. Yang pasti Kak S lah yang menarik saya ke zone selamat iaitu bulatan gembira(usrah) tu. Allah dah penah pilih aku. Sekarang giliran ANDA ! Fikir-fikirkan. Selamat beramal J

8 comments:

-dulcettone- said...

aku sendiri pun pernah nk berhijrah ke arah yg lebih baik chip,tp dugaannye,Tuhan je tau..ak rse ak xleh stand sorg2 nk berubah.. =(

Anonymous said...

All the best kechik......insyaallah

atin said...

haha3.. mcm terkena kt muka sndri plop cip...dulu x ske jgop usroh..rase cam bolok je...p leni sy sndri msuk usrah...hahahha smoga kt sme2 dpt mnuju k jln yg lbh baek...aminn

nikmujahidah said...

salam semua. Jazakillah sebab sudi tinggalkan komen :)

azie:Berubah tak semestinya 100%.. contohnya awk nak berubah terus pakai tudung labuh,jubah, lebih ekstrem lagi purdah. sebab bimbang perubahan tu tak kekal lama. Mulakan dulu dengan pakai tudung tutup dada, pakai stokin ke dulu. Lama2 dah biasa ok la. Jangan takut nak berubah. dan berubah memang akan buat awk malu. tapi ni la pengorbanan. dan pahalanya sama seperti kita berjihad di medan perang =)

atin:mungkin pendekatan usrah di sekolah dan di ipt berbeza sedikit. Sebab usrah sekolah kita TERPAKSA join usrah walaupun kita taknak. Usrah di ipt tanpa kita sedar, kita senidiri yang merelakan diri untuk join. Sebab tu kta rasa seronok.

Hanisah Hamid said...

Nisa pon kenal usrah since masuk alam U..dan Alhamdulillah life Nisa much much better sekarang..semoga kita sama sama istiqamah ye , insyaAllah :)

nikmujahidah said...

Nisa: InsyaAllah. "Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan membantumu dan meneguhkan lagi kedudukanmu" -muhammad:7

Anonymous said...

cik..ni mcyus..so proud of you chik... kebaikan tu ad kat mana2..dan kebaikan tu terapung sekeliling kita...tinggal nk rebut je...

C. Ann said...

"ada udang di sebalik mee"...

at least ada udang, sedap jugak makan ye dak...