jemput join :)

Friday 16 November 2012

Maafkan kakak dik, hanya doa yang kakak mampu

Bila dapat tahu yang Gaza diserang, hatiya remuk. Pilu, sedih. Air mata menitis sebaik sahaja mendapat berita. Dikesatnya air mata. Kemudian berita yang baru didengar itu segera disampaikan kepada rakan-rakan usrahnya yang lain. Dia istighfar banyak-banyak. Diambilnya wuduq, kemudian menunaikan solat sunat hajat dua rakaat untuk umat Islam di Gaza. Hanya itu yang termampu. Sujud terakhir, dia menangis lagi. Meminta sepenuh hati moga Allah turunkan bala terhadap rejim zionis. Meminta agar dimasukkan ke syurga sekiranya ada yang menemui ajal ketika mempertahankan tanah suci itu.


Tiba-tiba perasaan marah membuak-buak. Marah kepada diri sendiri kerna dulunya dia ialah penggemar tegar Mc D, Milo (netsle), coke, dan banyak lagi. Malah hampir keseluruhan produk harian yang digunakan ialah 'made by yahudi'. Marahnya hinggakan dia berasa ingin melakukan 'spot check' di Mc D waktu itu juga, samaada masih adakah lagi Muslim yang masih belum sedar atau buat-buat tak sedar akan apa yang sedang berlaku. Boikotnya terhadap barangan Mc D dan nestle sudah hampir dua tahun. Sejak dia menemui cahaya tarbiyyah, sejak dia menyedari bahawa yahudi memiliki protokol yang sangat dasyat sejak berpuluh ribu tahun dahulu untuk menjatuhkan Islam, kerna mereka ada sejarah mereka sendiri.



Seharian hatinya tak tenang. Dibukanya page 'Aqsa syarif' setiap masa, bagi mendapatkan perkembangan terbaru di Gaza. Beberapa gambar yang dirakam sewaktu Gaza diserang meruntun hatinya.


"Maafkan kakak dik, hanya doa yang kakak mampu.."

Dalam kesedihan tu, kekadang dirinya berasa bersyukur, bersyukur kerna dikurniakan kefahaman dalam agama. Biarpun tak sebanyak seorang ustaz atau ustazah, tapi mampu untuk menyelami bagaimana robeknya hati bila dapat tahu tanah suci Islam diceroboh lagi. Teringat kata-kata naqibahnya, "tak mengapa jika marah kerna agama"

Petang itu, dia dan sahabat-sahabat sefikrah(sefahaman) yang lain berkumpul. Bersama-sama menunaikan solat zuhur berjemaah, kemudian solat sunat hajat dua rakaat, kemudian sama-sama membaca doa qunut nazilah. Masing-masing tunduk sambil tangan ditadah tatkala makna setiap patah doa itu dibacakan.

"Wahai Tuhan kami, 
sesungguhnya kami menjadikan Mu sebagai pendinding(kepada musuh-musuh kami),
dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami,
binasakanlah kesempurnaan mereka,
dan pecah belahkanlah jemaah/kesatuan mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka,
dan goyahkanlah pendirian mereka,
dan hantarkanlah anjing-anjing ke atas mereka dari anjing-anjingMu.

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,
wahai Tuhan Yang Maha Berani,
wahai Tuhan Yang Maha Berdendam,
wahai Allah, wahai Allah, wahai Allah.

wahai Tuhan kami,
wahai Tuhan yang menurunkan kitab(al-Quran)
dan wahai yang menjalankan awan,
dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah mereka dan bantukanlah kami keatas mereka.
Amin."

Usai sahaja doa, dia minta sahabat-sahabatnya untuk sentiasa mendoakan keselamatan saudara mara di Gaza. Mereka kemudiannya berkongsi serba sedikit berita dan informasi yang mereka dapat melalui laman-laman tertentu.Sama-sama merasai penderitaan mereka di Gaza, sama-sama berasa marah. Mujurlah dia ada sahabat-sahabat yang sama fikrah dengannya. Kalau tidak, kepada siapa harus dia kongsikan perasaan sedihnya itu, dengan siapa dia akan baca doa qunut nazilah yang menyentuh hati itu?

Malam itu, dia dapat tahu bahawa satu perarakan aman ke kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah serangan zionis terhadap Gaza akan dibuat di ibu negara, Kuala Lumpur pada keesokannya. Hatinya dipenuhi dengan semangat yang entah datang dari mana. Membuat keputusan untuk menyertai perarakan tersebut. Dia bergerak dari bilik ke bilik memujuk sahabat yang lain untuk turut serta. Hampa. Mungkin kerna masih memegang status 'student', aktiviti seperti demonstration ini kelihatan seperti tidak begitu sesuai. Kemudian dia SMS beberapa orang akhawat lain(yang sudah bekerja) sekiranya mereka turut serta. Sedikit lega apabila ada akhawat yang sanggup datang ke kolejnya yang agak jauh dari KL untuk menjemputnya kemudian ikut serta ke perarakan aman tersebut. 

Pagi itu, kelas sehingga pukul12.50 tengah hari. Perarakan akan dimulakan selepas soat jumaat di masjid tabung haji. Sepanjang kelas, tumpuannya hilang. Hati resah, gelisah. Bimbang sekiranya dia tidak sempat sampai di tapak perarakan tepat pada waktunya. Di akhir kelas, dia menerima mesej dari akhawat yang sepatutnya menjemput dia di kolej mengatakan bahawa jalanraya begitu sesak sehingga kenderaan bergerak agak perlahan. Bagi tidak membazir masa, dia mengambil keputusan untuk kesana seorang diri. Dalam hatinya berdoa, 

"apa pun yang terjadi, kalaulah apa yang aku buat ni demi agama, Kau berkatilah setiap langkah perjalananku Ya Allah..."

Mulutnya beristighfar, niatnya diperbetulkan, bimbang kalau tersalah niat, maka rugilah dia. Untuk ke stesen KTM, dia perlu menaiki dua bas, untuk menunggu setiap buah bas itu perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kerna dia bukanlah berada di Jepun, tapi di Malaysia, dimana ketepatan masa itu tidaklah diambil berat. Turun sahaja dari bas pertama, bas kedua masih belum kelihatan. Terfikir untuk menaiki teksi ke stesen KTM, dibukanya purse yang ada ditangan, ada dua keping not RM1 dan sekeping not RM10, "cukup ke??"
Dia buat congakan ringkas dalam kepala. "KTM ke KL sentral RM5..LRT agak-agak RM3 ke??, kalau macam tu, teksi RM6, tak cukup T___T  , OK, demimu Palestin, aku akan draw duit lebih sikit bulan ni.."

Sampai ke stesen KTM, rupa-rupanya tiket ke KL sentral hanyalah RM2.80, dia berasa lega. Selepas 15minit menunggu, train ke KL sentral sampai. Waktu tu dah pukul2.45. Dia menerima SMS  dari seorang akhawat

"kamu dah ada kat mana? akak dah ada kat KL, jalan jammed teruk. Kereta tak gerak pun, kamu dah sampai AMpang Park bagitau akak ye"

Dia makin risau. Sempat ke? Sampai di KL sentral, dia keluar dari koc wanita menaiki escalator menuju ke mesin token LRT. Dia nampak restoren  Mc D. Ramai wanita yang bertudung sedang menikmati makanan mereka. Hatinya panas. Sakit hati. Dia lihat pula ke tempat "ice cream and sundae" Mc D, satu barisan yang agak panjang tengah tunggu untuk order dan kebanyakan mereka ialah Muslim. Hiba. Hatinya bagai jatuh kemudian pecah berkecai. Luluh. Hatinya terdetik

"kalau bukan sebab kamu, mungkin kita dah tak perlu nak buat demo!"

Marahnya membuak-buak. Mata dijelingkan beberapa kali. Menyampah dengan mereka yang tengah berbelanja di Mc D. Geramnya Tuhan saja yang tahu.

"baru semalam Gaza dibom, dan hari ni korang boleh lagi ada selera nak makan Mc D??"

Kemudian dia menelefon akhawat tadi, ingin memberitahu bahawa dia sudah berada di KL sentral. Waktu tu jam 3.30 petang.

"akak nak bagitau kamu, naqibah akak baru call tadi cakap yang perhimpunan tu dah habis. Akak sampai tadi pun dah habis. Instead of akak pegi ambil kamu di KL sentral, boleh tak kamu teruskan je ke Ampang Park, kita jumpa kat sana? akak tunggu kamu, pastu akak hantar kamu balik kolej?"


Dia hampir tak percaya. Dari semalam dia tunggu untuk menyertai perhimpunan tersebut, akhirnya tak berkesempatan juga. Adakah kerna sikapnya yang menyalahkan pelanggan-pelanggan Mc D sebentar tadi?? Tapi dia muhasabah diri, teringat akan niatnya sebelum menaiki bas pertama tengah hari tadi, sekiranya dia buat demi agama, maka dia minta Allah untuk memberkati setiap langkah perjalanannya. Mungkin itu yang terbaik untuknya.

Sampai sahaja di Ampang Park, kelihatan sekumpulan pemuda dengan sepanduk "Freedom Palestine" dan kain rentang berjalan melawan arusnya. Mungkin mereka pun turut serta dalam perhimpunan tersebut. Sedikit rasa cemburu terbit dalam hati.. cemburu kerna tidak berkesempatan. Tapi, sepanjang perjalanan menuju ke Ampang Park pun sudah banyak memberi ibrah dan pengajaran kepadanya. Bersyukur kerana mampu untuk bergerak seorang diri dengan semangat berkobar-kobar sepanjang perjalanan.

Dia berfikir sejenak, kalaulah sekarang dia berada di Gaza, adakah semangat itu akan masih menjadi sama? Adakah dia akan sanggup bergerak seorang diri merempuh lautan manusia demi menegakkan keadilan? sanggupkah dia?
*THE END*

Wahai umat Islam seluruh dunia, masih tidak sedarkah kamu akan kesannya menyokong barangan yahudi? Memang betul bukan semua yahudi itu zionis, tapi zionis itu pastinya yahudi. Sanggupkah kalian menggunakan barangan yahudi sekiranya saya katakan setiap suapan anda itu bakal menghentikan setiap degupan jantung saudara mara di Palestin? Mungkin kamu boleh memberikan pelbagai alasan yang difikirkan munasabah, tapi adakah lagi alasan yang lebih munasabah selain mempertahankan tanah suci Palestin?? Wahai sahabat-sahabatku, ayuh! keluarlah dari tempurung pengaruh yahudi bersama adegan-adegannya! Sekecil mana pun usaha yang kita lakukan, biarpun tidak nampak dimata kasar, tapi yang menilainya bukanlah kita, tapi Dia! Dia yang di atas sana!

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberi dari sisiNya pahala yang besar"
[An-Nisaa-40]

AYUH! FOR THE SAKE OF UMMAH, WAKE UP!!!










1 comment:

Khairul Nizam Suhaimin said...

Its not hard to boikot that Mc D.But we make it looks hard. :(