Assalamualaikum
w.b.t kepada semua yang sudi melawat ke laman saya ini. Semoga semuanya berada di bawah naungan yang Maha Pengasih
lagi Maha Kuasa di atas sana. Akhirnya Allah memberi pinjam kepada saya sedikit
masa untuk mengupdate entry kali ni. Sangat khas untuk sahabat2 yang kenal atau
tak kenal saya.. dan kepada yang sedang berjinak-jinak dengan TARBIYYAH!
Welcome to a very true way of Islam! [sambil tangan bertepuk-tepuk].mungkin
sekarang syaitan yang berada ditepi anda menggelupur kemarahan dengan hidung
yang berdengus2 kerana menahan sakit hati bila tengok and baca entry ini.
Mungkin ada yang cuba menarik2 bulu tengkuk anda dan mengusap2 dikelopak mata
anda agak terasa mengantuk dan hilang minat akan entry saya. InsyaAllah, cuba
untuk memendekkan, tapi susah sangat. Layan ajelah..
Tatkala
jari sedang menari-nari atas keyboard ni, hanya Allah yang menjadi saksi
terhadap mutu keikhlasan yang cuba saya curahkan. Kepala pula makin ligat
berfikir “bagaimana harus aku mulakan?” Hati plak terbayang2 wajah kawan2
sepermainan dulu. Kawan2 yang turut sama gaduh, kata-mengata, umpat-mengumpat,
bergelak ketawa bagai nak rak seolah-olah tidak ada tugas pun bagi kami sebagai
seorang muslimah, bersuka-ria ponteng surau ibarat kiamat tu tak wujud pun. Menangis
kerana masalah yang kecil ibarat tidak ada masalah yang lagi besar yang
dihadapi oleh umat Islam sedunia. Study tak tido malam ibarat dilahirkan di
dunia ni hanya untuk SPM semata-mata. Teruk kan.
“Ya Allah engkau ampunilah dosa-dosa kami kerna
sesungguhnya kami tidak mengetahui”
Wahai
teman, sangat tersentuh hati ini bila seorang demi seorang dari kamu dah jumpa
pun cahaya yang akan membawa kamu keluar dari kehidupan yang entah apa-apa. Lepas
satu-satu berita gembira yang kamu bawakan bukan sahaja kepada saya, bahkan
kepada seluruh Muslim yang turut sama meraikan kamu dijalan tarbiyyah ini .Hati
ini seperti ingin menjerit dan memberitahu Allah akan hal ini. Sedangkan Allah
nyata Maha Mengetahui. Namun, jarak
memisahkan kita menyebabkan ada diantara korang yang agak ragu2 untuk teruskan
langkah menuju jalan keluar sedangkan cahaya dah pun kelihatan. Kenapa? Mngkin
kalian agak tak yakin dengan diri sendiri.
Sangat
seronok lepas trima mesej in fb, skype mengatakan korang nak berubah ke arah
yang lebih baik. Kebanyakan kamu mintak pandangan dan nasihat dari saya. Saya
bukanlah seorang yang arif tentang ini..al maklumlah, saya pun ahli ‘baru’..
hihihi.. ingatkah kamu saat2 dimana saya bermula? Boleh refer sini. Saya pun
bukannya baik sangat dulu kan. Mulut macam longkang [dush! Terasa ke?], kalo
gaduh ni tak lain tak bukan jadik kepala. Umm.. tapi itu zaman sekolah.
Kemudian Allah dah pilih saya untuk berada di jalan tarbiyyah ini. Sangat
cantik susunan Allah untuk saya.
Boleh tak
korang firstly fikir, kenapa diri ini boleh terlintas hati untuk berubah? Think
of it. Sebab apa dan kenapa? Bagi saya, ALLAH TELAH MEMILIH SAYA. Then, korang
pun firstly kena fikir macam tu. HEY! Dalam banyak3 makhluk Allah atas muka
bumi ni, dalam banyak2 manusia yang hidup menumpang atas muka bumi ni. ALLAH
PILIH KAMU!! Kenapa bukan orang lain? Kenapa? Kenapa? Sebab Allah dah cakap:
“Bukanlah kewajibanmu [Muhammad] menjadikan
mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa
yang Dia kehendaki”
Al-Baqarah:272
Tahukah
kamu, satu ayat yang saya dengar sehingga menitis air mata, betapa menusuknya
ayat itu sehingga ke dalam hati saya. Sangat syahdu. Dan ayat itulah yang
membuatkan saya berdiri sebagai seorang muslimah yang benar2 tahu akan tujuan
hidup. Ketika saya menghadiri satu daurah, seorang penyampai ini berkata
“Anda yang berada didepan saya ini ialah antara
yang Allah pilih untuk berada disini.”
Mengalir
air mata tatkala mendengarnya. Saya tengok orang lain muka biasa-biasa je.
Kenapa? Sebab ayat tu biasa2 je. Biasa didengar kat mana2 ceramah. Tapi kenapa
saya menangis? Sebab Allah jentik hati saya untuk mendalami maksud ayat itu.
Allah bagi saya rasa betapa penting diri ini dimata Allah S.W.T dalam
perjuangan ni. Then,I keep asking and
answering..
“kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab aku kan
kuat”
“Kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab aku dah
bersedia”
“kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab Allah sayang
aku”
“kenapa Allah pilih aku?” = “sebab akulah yang
Allah ceritakan dalam Quran..”
“(Iblis) menjawab ‘demi kemuliaanMu, pasti aku
akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara
mereka’ ”
See, memang
betul ALLAH YANG MEMILIH KITA untuk berada dijalan ini. Jangan pernah
melepaskan hidayah Allah sebab mungkin hidayah itu akan datang SEKALI SAHAJA
SEUMUR HIDUP anda. Ada orang. Bila Allah dah jentik hati dya untuk kenal Sang
Pencipta lebih dekat, boleh plak dya tangguh2. Sampaikan, hidayah itu semakin
lama semakin kabur dan hilang dek keseronokan dunia. Sebab tu kita kena GRAB
peluang tu cepat2. Takut kalau-kalau ia hilang dan untuk mendapat yang lain,
belum tentu akan dapat. Atau Allah tarik nyawa kita sebelum kita dapat merasa
hidayah buat kali kedua. Think of it deeply.
Wahai
sahabat, sebelum kamu menjejakkan kaki kejalan TARBIYYAH ini, [atau kamu dah
jejak pun Cuma tak try lari2 je], benda yang memang kamu kena expect is MALU.
Satu ayat lagi yang saya pegang dari kata-kata seorang presiden Rakan Masjid
UTP is, ‘BERUBAH MEMANG MALU’. Pegang ayat itu. Sebab apa? Sebab memang dengan
‘malu’ la benda yang paling susah bila kita nak berubah. Malu nak pakai tudung
labuh tiba2 sebab nampak ‘waraq’. Malu untuk pakai baju labuh sebab tak penah
seumur hidup pun pakai baju labuh. MALU SEBAB TAKUT ORANG PERASAAN PERUBAHAN
KITA. Hey, MEMANG TU PUN KITA NAK!! Kita nak orang tahu yang kita adalah antara
MANUSIA YANG TERPILIH. Kita nak berdiri dengan megah dengan pakaian yang
menutup aurat sambil hati menyanyi-nyanyi berkata
“sesungguhnya Allah bukan sahaja memilih aku,
tapi Allah menghantar malaikat2 untuk mengelilingi aku dan menjaga aku disetiap
langkah perjalananku”
Hey, saya merasai perasaan itu. Obviously bila naik ktm atau lrt. Dalam sepenuh2 manusia didalamnya, hanya aku yang betul2 menutup aurat. Dalam seramai-ramai manusia didalamnya, hanya aku yang tahu apa yang sebenar-benarnya Allah suruh buat. Dalam kesesakan manusia didalam ktm tu, hati ini bertanya
Hey, saya merasai perasaan itu. Obviously bila naik ktm atau lrt. Dalam sepenuh2 manusia didalamnya, hanya aku yang betul2 menutup aurat. Dalam seramai-ramai manusia didalamnya, hanya aku yang tahu apa yang sebenar-benarnya Allah suruh buat. Dalam kesesakan manusia didalam ktm tu, hati ini bertanya
“tahukah mereka akan tujuan hidup yang sebenar2
nya? Ya Allah, bilakah pula giliran mereka untuk mendapat petunjuk seerti mana
yang engkau berikan pada aku”
Besar
sunguh nikmat yang kita dapat. Nikmat HIDAYAH itu. Kan? Apa lagi yang kena
fikir kalau nak berubah? Istiqamah. True. Nak istiqamah tu, bukan benda yang
senang. Bercakap memang senang.
“mulai hari ini, aku nak baca al mathurat pagi
dan petang, baca Quran dua muka surat setiap hari, tahajjud setiap malam, nak
berzikir at least 100 kali lepas solat”
Kalau hanya
sekadar berkata-kata, benda tu hanya akan jadi omong kosong. Kalau nak
bercakap, sapa-sapa pun boleh cakap. Malah cakap nak hafal 30juzuk al Quran
dalam masa 3bulan pun senang. Sedangkan bila dah start hafal tu, satu juzuk
dalam masa setahun pun belum tentu dapat buat. Bercakap memang senang. Nak buat
dan istiqamah tu sangat2 la susah. Sebab? Sebab kita ada ‘pendamping yang
setia’ yakni syaitan. Melawan syaitan itu adalah jihad terbesar manusia. Sebab?
[lagi], sebab ianya musuh yang tak dapat dibunuh dan tak dapat kita halau dan
tak dapat kita nampak. Malah, musuh inilah satu2 nya makhluk yang takkan
berputus asa sampai kiamat pun. Ia juga satu-satu nya musuh yang menjatuhkan
kita hanya dengan menggunakan suara
“Dan
perdayakanlahah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan suaramu [yang
memukau], dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang
berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri
janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka
melainkan tipuan belaka”
Al-Isra’:64
Hanya orang yang lemah aje tertipu oleh
syaitan ini. Even saya sendiri pun masih bermujahadah untuk beristiqamah dari
segi semua benda. Eshpesheli nak ubah percakapan. Mulut ni kalau nak tahu,
anggota badan paling degil. Sebab tulah Allah mengecualikan mulut dalam sesi
soal-jawab denganNya kelak. Kalau yang perangai gila-gila tu lagi lahh.. [bagi yang mengenali saya dizaman sekolah
agak2 amatlah memahami].. Bila orang tengok perangai kita, benda first they all
judge is cara pemakaian kita. Seriesly, memang susah. Tapi. Ingatlah yang
setiap usaha yang kita buat untuk cuba bermujahadah, Allah akan bagi ganjaran
yang sangat hebat. Dan Allah takkan bagi kesedihan kepada kita seperti janjiNya
didalam Al Quran
“Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian
mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka
tiada (pula) berduka cita.”
Al-Ahqaf:46
Risau nak berubah sebab takut akan jadi
bahan bualan dan bahan gelak ketawa orang ramai. Betul kan. Benda tulah yang
selalu kita risau kalau nak membuat suatu kelainan pada diri. In case nak pakai
tudung warna apa ngan baju warna apa pun fikir nak dekat sejam samada sesuai ke
tak, kalau tak, takut mulut orang mengata pulak. Tapi tak penah sampai sejam
pulak berfikir samada pakaian tu sesuai ke tak dimata Allah s.w.t. Saya pernah
diketawakan sebab mengenakan tudung labuh dan T shirt muslimah. Ada yang takut
sampai mata melihat terbeliak [hampir saja nak keluar dari kelopak mata] seolah
melihat orang yang baru memeluk Islam. [=.=’]
Ada jugak yang takut nak tegur hanya sebab sedikit kelainan pada pakaian
saya. Tapi pesan Allah pada saya[juga untuk kamu]:
“Maka
bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil
memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya)”
Qaf:50
“Dan
janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu
paling tinggi (darjatnya) , jika kamu orang yang beriman”
Ali
Imran:139
Though ada mulut yang bercakap tentang saya,
atau apa sekalipun pandangan ‘mereka’ pada saya, saya hanya pegang bahawa
darjat saya lagi2 tinggi tahap infiniti berbanding mereka. Kamu bayangkan kalau
darjat paling tinngi dimata Allah. Saya ulang PALING TINGGI.. sekali lagi, THE
MOST HIGHEST… faham ke? Best kan. Best sangat2. Lagi best daripada mendapat
semangkuk tutti frutti size paling besar dengan yogurt guava didalamnya [kecur
air liur]..hahaha.. maaf ye.. sudah lama mengidam tapi takda sapa lagi sanggup
nak belanja. T____T
Umm.. apa lagi nak share yeah? Ok, ok, furthermore, kalau nak berubah, cek diri dulu. Kalau korang betul2 kuat, korang bleh terus pakai jubah bersama purdah bwarna hitam[over].. bagi yang nak berjinak-jinak tu.. try la blajar tutup aurat dulu. Umm,,cammana nak tutup aurat eh? Pakai shawl boleh? Of course.. mestila boleh. Apa2 sahaja dengan syarat tidak nipis, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak ketat, tidak berbonggol seperti alien diatas kepala, menutup dada dan yang penting tapi orang tak perasaan are kaki and tangan[sebelum masuk telapak tangan]. Sebab tu ada orang reka stoking kaki dan sarung tangan. Bukan untuk sangkut kat dinding rumah time krismas aje. Tapi untuk memudahkan kita menutup aurat. Bayangkan kalau orang tak cipta tudung? Agak2 kita guna selimut ke? Atau.. langsir? Tudung saji?
Bagi yang memilih untuk berubah, Allah
sentiasa membuka pintu2 langitNya untuk menerima taubat hambaNya. Dan satu
fakta yang MEMANG korang kena tahu is Allah lagi2 la happy kalau kita
bertaubat.Rasulullah S.A.W bersabda
“Sungguh,
Allah membentangkan tangan-Nya setiap malam agar ada orang yang membuat
kejelekan pada siang hari mahu bertaubat, dan Allah membentangkan tanganNya
pada waktu siang agar ada orang yang membuat kejelekan pada malam hari mahu
bertaubat”
Hadis
Riwayat Muslim dan Imam Ahmad.
Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
So, anything lagi nak tahu bagi meyakinkan
diri anda untuk berubah?Hehehe, ada orang takut nak berubah sebab dya sorang2
aje. Takde orang nak guide. Hey, try la slow2. Lagipun Allah kan ada. Dia akan
bantu kalau korang betul2 nak. Series. Takkan saya nak tipu??? Sedang mengupdate
blog ni, sbenarnya bru aje selesai main netball. Agak letih, tapi paksakan diri
jugak. And nak share satu benda lagi, tadi saya main dengan sorang akak yang ‘bekas
tomboy’, guess what, dya pakai tudung labuh. Baru aje. Start 17March yang lepas
katanya. Dia ada jugak ar cerita orang tengok dya terkejut macam tengok alien
dengan selimut besar. Hahaha. Tulah, kalau saya boleh kuat, akak ni boleh kuat,
kenapa bukan anda??? Hihihi, dun forget to pray and please, do ask Allah to
guide you in every path u take. Penting tu. Sebab doa ialah senjata terkuat
orang2 mukmin. Okay?
Akhir perenggan, asif kalau ada terkurang
ada terlebih, seperti biasa, yang baik hanyalah dari Allah S.W.T. yang tak baik
itu, memang dari saya. Tahniah kepada yang memasang niat untuk berubah. Good
luck juga saya katakan. Jangan malu untuk bertanya dan berkongsi dengan saya.
InsyaAllah, weekend saya free [bajet konsultan pulak],hahaha, Kay ah. Letih
sangat menghadap laptop dengan baju yang masih melekat peluh ni. Semoga anda Berjaya
dan dirahmati Allah sentiasa. Akhir kata. "SAYA KAGUM DENGAN ANDA!"
9 comments:
what a best entry it is.. =) thanks friend =)
aiwah2 Ya ukhti.. Moga allah sentiase melimpahkan rahmatNya ke atas di atas sgla dkwah2 mu.. MOga Allah sentiase melndungi dan mmberi kkuatan kpda utk mnghrungi dunia yg pnuh pancaroba ini.. Insyallah..amin2 Ya rabb.. ^_^
subhanallah...chip,
terkedu...xtaw nk oyap gapo..
alhamdulillah..alhamdulillah..
sama2 la kito terus kuat melalui
jalan2 nie !!!
good job ! keep it up.
-sah-
HAMDOLILLAH
JAZAKILLAHUKHAIRAN KATHEERA ATAS PERKONGSIAN. KITA SERUPA. MASIH BAHARU DALAM DUNIA TARBIYAH DAN DAKWAH INI. SEMOGA TERUS SATTIK :)
T.kasih smua yg tinggalkan komen. Semoga setiap patah perkataan ini diredhai Allah s.w.t. InshaAllah, sampaikan walau sepatah ayat :)
syabas kecik,,sememangnya aku kagum n malu ngn mu,,keep it up kecik "ALLAH akan sentiasa brsama org yang berjuang di jalanNya"
syabas kecik,,sesungguhnya aku bngga n malu ngn mu,,keep it up cik "ALLAH membantu"
Assalamualaikum kechik..
just one word ..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. :)
wslm. semua yang tinggalkan komen yg membina, jazakumullahu khair. :)kita sama2 kuat berada dijalan ni. InsyaAllah, istiqamah hendaknya. :)
Post a Comment