jemput join :)

Saturday 4 February 2012

Buat baik tak masuk syurga?!

Assalamualikum w.b.t kepada semuaaaaa yang luangkan masa untuk baca blog saya yang masih setahun jagung ini. Namun saya punya niat yang sama yaitu menyampaikan walau sekulumit ilmu yang saya ada. InsyaAllah, kita sama2 memberi peringatan dan sama2 amalkan. Sebab tu lah tugas kita sebagai manusia iaitu sebagai khalifah dimuka bumi Allah (Al-baqarah:30)

Nak dijadikan cerita, semalam saya menghadiri satu program mengenai sejarah Islam dan apa itu Islam. Bagaimana kita sebenarnya berjanji dengan Allah S.W.T untuk menjadi saksi kepada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam kalimah shahadah kita. Untuk menjadi saksi, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saksi di mahkamah sekali pun perlu ada ciri-ciri tertentu barulah boleh bergelar saksi. Begitu juga dengan kita. Kalau kita tak amalkan semua ajaran Rasulullah dan tak beriman kepada kitab yang diturunkan kepada baginda yakni al-Quran, macammana kita nak jadi saksi kepada baginda? Macammana kita nak berdepan dengan Allah S.W.T dengan tugas di dunia yang tak siap tu? Apa kita nak jawab ngan Allah S.W.T kalau kita hanya membuat perjanjian kosong dengan Nya dan sebenarnya kita langsung tak layak sebagai seorang saksi. Kalau para pembaca hairan atau pelik, sila recall balik bacaan dalam solat kita(tahiyyat) iaitu:

At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

 Okey, sekarang renungkanlah dan ingat kembali, setiap hari, sekurang-kurangnya 9kali kita berjanji dengan Allah S.W.T untuk jadi saksi kepada Rasulullah S.A.W. So, apa kita dah buat? Apa usaha yang kita dah lakukan untuk melayakkan status kita sebagai seorang saksi? Sendiri fikir lah ye :)


Kemudian, sedang asyik saya mendengar pengisian tersebut, terdetik di hati bahawa kita semua sebenarnya Islam by chance. Sebab, kita lahir aje, dah tertulis di surat beranak yang kita ni Islam, sedangkan kita tak mengucap kalimah shahadah pun. Kita nak taknak, bila mak ayah kita Islam, memang secara automatik kita akan dilahirkan Islam. Bila masa kita mengucap kalimah shahadah? Waktu solat kan? Time tahiyyat awal/akhir tu. Tapi macammana agaknya kalau seseorang ni sejak dia dilahirkan lagi dia tak pernah solat? Malah tak  tahu bacaan solat pun. Tapi mak dia Islam, ayah dia Islam. Dan tercatat di IC dia pun 'ISLAM'. Dan dia seorang yang baik, malah suka bantu insan yang lemah. Agak2 korang la, pada pandangan Allah S.W.T, Islam tak dia?



Kemudian saya tanya ustazah mngenai kekeliruan ini, then ustazah jawab apa? Ustazah cakap, dia Islam hanya pada nama tapi sebenarnya tak Islam pun (dari segi logiknya. kalau dalam hatinya tak terdetik pun pasal Islam). Tapi dia kan buat baik ustazah? Kan orang baik masuk syurga, dapat pahala?? Then ustazah jawab, orang yang buat baik tanpa dia sedari yang buat baik tu ialah salah satu tuntutan agama, dia tak dapat apa2 ganjaran pun dari Allah S.W.T. sebab apa? sebab sama ajelah status kita dengan orang kafir kalau macam tu. Orang kafir pun buat baik kan? tolong orang, derma, sukarelawan, tapi sebab they all rasa happy bila buat baik. rasa kesian kat orang lain. sebab tu dyorang buat baik. So kesian tak kat dyorang? Letih2 je buat baik tapi sebenarnya sampai bila2 dyorang takkan rasa nikmat syurga tu. Berbeza dengan kita yang lahir2 dah Islam, sebab tu Islam tu salah satu NIKMAT TREBESAR kepada kita. Kan dah belajar time Pendidikan Islam kat skulah dulu? Ingat lagi tak??

Orang kafir sedang tercari2 syurga dengan buat baik diluar sana, sedangkan mereka takkan dapat kecap sampai bila2 selagi mereka tak kenal Islam. Mereka ni ibarat ''mandaki langit'' sebab semakin mereka mendaki, semakin sesak rasa didada tapi kemuncak nya tak juga sampai2. Untung tak kita sebagai orang yang lahir2 terus Islam? Tapi nak tanya, kita boleh ke bohong kat Allah S.W.T keIslaman kita dengan menunjukkan IC? Tak kan? So apa nak buat supaya IC kita pada  Allah S.W.T betul2 tercatat ISLAM? sendiri fikir lah ye ^___^

Okay. Setakat ini sahaja post saya. Sama2 kita fikir. Tolong share juga ye untuk sahabat2 korang. Supaya seluuuuruuuuhh umat Islam didunia ini tahu yang Islam hanya bukan sekadar nama. Jazakillahu khair =)


No comments: