jemput join :)

Monday 6 February 2012

Spiderman pun tahu fikir!!

Assalamualaikum w.b.t kepada semuaaa yang meluangkan masa anda yang sangat2 berharga mengalahkan emas itu untuk membaca entry saya pada kali ini. Sebelum tu, jom kita sama2 mengucapkan syukur kehadrat Illahi yang telah memanjangkan umur kita semua sehingga disaat ini, saya masih mampu menaip dan anda semua masih mampu melihat untuk membaca entry ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!



 
Spiderman.. satu nama yang sangat2 tak asing dalam dunia ikon hiburan kita dulu, kini, dan selamanya. kan? Siapa yang tak kenal spiderman memang teramat sangat ketinggalan la. Tapi bukan itu point nya disini.Siapa yang dah tengok movie spiderman cuba recall balik kata2 pak chik dya time they all dua orang duk atas keta? (gambar di atas ye..)

cuba teka pak chik dya cakap apa?


"with the great power comes great responsibility"

Samada anda ingat atau tidak, tapi itulah yang dicakapkan pak chik peter parker terhadapnya. Apa peter buat? sepanjang tugas dya sebagai Spiderman, dya pegang kata2 tu sebagai perinsip dalam hidup nya. KENAPA? sebab,dya tahu bila dya ada kelebihan berbanding orang lain, means, dya memikul tanggungjawab yang lebih besar dari orang yang biasa2. Dengan kelebihan dya memanjat dan melekat kesana kemari dya wat part time as a superhero menyelamatkan orang ramai dari kejahatan. Ada dya bagitau orang ke yang dya Spiderman? Ada?

Macam kitalah. Ramai orang yang punya kelebihan cam kecantikan atau kehenseman digunakan dengan cara yang tak betul. yang cantik jadi playgirl. yang hensem jadi playboy. Muka yang cantik/hensem kadang2 nak tunjuk kat satu dunia yang muka kita tu lawa. sedangkan Allah S.W.T bagi kelebihan tu kadang2 nak tengok samada kelebihan tu lebih mendekatkan kita kepadaNya atau lagi menjauh.

Ada yang diberi kelebihan pandai menulis tetapi digunakan untuk menulis fitnah dan yang pandai bercerita digunakan untuk mengumpat atau menokok tambah cerita sehingga menjadi fitnah. Fitnah pulak dengan bangganya di edarkan kalau boleh seluruh penduduk bumi tahu cerita.Alangkah bagus kalau kelebihan2 tu digunakan untuk bercerita tentang Islam atau menulis buku2 ilmiah untuk jadi santapan pembaca? Kalau semua yang buat macamni tak impossible kalau serta merta orang masuk Islam mendadak ramainya. Bila fitnah pun belambak, orang kafir tengok kita pun tak jadi nak peluk Islam. Maaflah, tapi cuba fikir. Ada betulnya kan?

Tengoklah maher zain, wardina saffiyah dan banyak lagi orang-orang femes yang berjaya menggunakan kelebihan mereka dengan cara yang betul dan boleh dijadikan contoh kepada kita.Kalau kita salah gunakan kelebihan yang kita ada, trust me, ia akan bawa ke arah kerosakan. Analoginya seperti sebuah mesin basuh yang direka khas untuk basuh kain baju, tapi korang wat basuh pinggan mangkuk, Agak2 nya apa akan jadi pada mesin basuh tu?

Baaanyakk sangat kelebihan yang Allah S.W.T kurniakan pada kita. Bohong la kalau ada yang cakap tak punya walau satu pun kelebihan. Mungkin anda belum menjumpainya lagi. But trust me, u'll see soon. :)   Cuma satu pesan saya(juga pada diri sendiri), gunalah kelebihan anda sebaik2 nya dan buktikan yang kita mempunyai akal untuk berfikir dan menentukan hala tuju hidup kita. Jangan biarkan kehidupan sekeliling mempengaruhi seluruh pemikiran kita.   Jom kita guna kelebihan yang ada untuk tolong agama Allah? kita buat baik? Kan kita semua mengharapkan cinta daripada Allah S.W.T.

"Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
                                                                                                       Ali-Imran:148

Mungkin entry ini akan buatkan anda berfikir sejenak.. "apakah kelebihanku?"   Jadilah macam Spiderman. See, Spiderman pun tahu fikir! Jazakilahu khair ^__^

No comments: