jemput join :)

Wednesday 3 August 2011

Wahai orang yang suka mengeluh!


Assalamualaikum w.b.t..semasa meng update blog ini,, sedang berkaca mata aku. Besar nya nikmat yang Allah S.W.T berikan pada aku. Luas nya alam semesta yang Allah cipta untuk hamba2 nya.. 

sedikit perkongsian untuk teman2 sebagai pemangkin semangat....


Slepas keputusan SPM bulan Mac yang lalu, macam2 scholarship aku apply.. PETRONAS, JPA, TNB, HSBC, AXIATA, Yayasan Pelajaran Mara... 

PETRONAS...failed..
JPA...failed...
TNB...failed...
HSBC...failed...
AXIATA...failed..

Even panggilan untuk unterview pun tak dapat...tapi aku masih kuatkan semangat.. "I can do better without scholarship!!"
sedih Tuhan sahaja yang tahu.. lebih2 lagi fikir muka parents aku.. sebenarnya.. mak aku dah target yang aku akan dapat scholar lepas SPM.. thanks mum for believe in me! Tapi aku dah hampakan dia..hari2 mak tanya.. 
"ada berita tak..??"
"dapat tak??"
"terima surat tak..?"
"bila dapat tahu.."

And finally aku dah give up.. Then,,ksedihan aku sedikit terubat bila aku berjaya dapat tawaran ke Universiti Teknologi Petronas.. Petroleum Engineering course.. tapi sebagai 'PRIVATE STUDENT".. yuran?? almost RM18000 every year,, Subhanallah.. 'kata aku dalam hati'
malang punya,,UPU plak aku salah pilih,, dapat Universiti Pertahanan Malaysia.. selain tu is Matrik..
fikir punya fikir, at last, aku nekad masuk UTP..mak ayah dah sanggup ngan yuran tu. walaupun terpaksa bersusah payah.. maklumlah... bukan aku sorang je nak belajar. adik aku lagi dua orang.

Masuk aje UTP, most of kawan2 aku ialah budak scholar PETRONAS.. 3minggu aku kat sana, aku ikat perut dasyat punya..sampai duit makan aku RM2 je sehari, bukan apa, malu nak mintak duit saku banyak2..yuran pun dah berapa. selalu dengar kawan2 cakap..

"lembab la petronas ni..duit tak masuk2.."
"bila ye petronas nak bgi duit?"
"nanti petronas dah masuk duit,aku nak beli baju baru!"
"tak sabar nak pegang duit banyak"
"rasa macam gaji plak tiap2 bulan masuk.."

betapa sedih nya aku dengar kawan2 cakap macam tu..mase tu rasa macam loser.. setiap malam nangis..aku selalu mintak ngan Allah..kuatkan semangat aku.. aku percaya dengan ketentuan Nya..setiap hari aku bersabar...orang lain beli macam2 benda baru.tapi aku tengok je..orang lain beli buku teks baru.. yang harga beratus setiap satu.. tapi aku pinjam je..
kuat betul kesabaran aku masa tu..teguh betul iman aku. tak putus2 doa aku pohon kepada yang Esa..semoga dimurahkan rezeki parents aku dapat bayar yuran pengajian.

Kat sana, cakap je benda yang harganya berpuluh ringgit, aku start teguk air liur... start doa dalam hati  ... "Ya Allah..kuatkan aku.."
dalam hati, 

kemudian aku teringat kan scholarship Yayasan Pelajaran Mara yang aku apply..  masih tak keluar jawapan.. aku dah fed up ngan scholar ni.. confirm tak dapat punya.. sebab aku dah hampir satu sem kat UTP. tapi masih tak dengar berita pasal tu.

Suatu hari.. macam biasa aku akan silent kan handphone aku time kelas.. masa tu kelas pre-calculus..tamat je kelas, aku trus tengok handphone,, kot2 ayah/mak call ke.. pastu aku nampak,,,
'2 missed calls from 0320708564'
Nombor siape ye?? then aku dapat mesej dari toin.. bespren aku..hehehe..

'Chik!!! Aku dapat YPM! diorang call aku tadi!'

tiba2 hati aku berdegup kencang.. adakah nombor tadi??????????????
aku call balik nombor tadi,,

YA ALLAH,, ALHAMDULILLAH!!  aku tak putus2 mengucapkan syukur.. tak sia2 aku sabar selama ni.. TERIMA KASIH Ya Allah!!

"Cik telah berjaya dalam temuduga Yayasan Pelajaran Mara untuk course Electrical Engineering.Tahniah.."

Dengar sahaja tu,,aku hampir nak menangis..dah lama aku tunggu..Rupa2 nya Allah bagi aku yang lebih baik dari apa yang aku sangkakan,
Ingatlah teman2,, kawan,, 

'La' Tahzan Innallah Hama'ana'
Janganlah bersedih.sesungguhnya Allah bersama kita

Yakinlah denga janjiNya,.Percayalah pada ketentuanNya..Berdoalah kepadanya memohon keampunan..Rendahkanlah hati mengadu kepadaNya.. sesungguhNya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan lagi permintaan.

'Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding denganNya?'
(Surah Maryam:65)

Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan???
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita

2 comments:

Ebiet Hamka said...

all da best

Ebiet Hamka said...

May Allah bless u. All da best