jemput join :)

Wednesday 18 January 2012

TIK TOK TIK TOK!!


Assalamualaikum w.b.t J

Kepada yang membaca post saya untuk kali ini, saya ucapkan Jazakillahu khair sebab sudi lawat blog saya yang tak berapa tak canteq ni(ehhh???) . Kepada yang rajin atau over excited or rasa nak online lama ataupun nak tingkatkan kemahiran mengira boleh la capai kalkulator. Kalau takde, handphone pun jadilah ye. Sebab kita nak belajar mengira sesuatu yang takde dalam sillybus sekolah rendah mahupun menengah. Malah dalam subjek Calculus di Matrikulasi pun lecturer tak ajar. Iaitu..MASA.
(p/s:bagi yang pening2 lalat atau pening2 gajah tu boleh rujuk angka atau perkataan yang di highlighted pink atau merah sahaja. untuk pengiraan je laa..)
FORMULA:
1 hari = 24 jam. Maka 1 tahun?   12 bulan= 52 minggu= 365 hari =8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 saat.

Distribusi normal manusia meninggal dunia(umur) <60tahun>70tahun@60tahun-70tahun @ 65tahun.

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60tahun-70tahun (majoriti), Puratanya manusia meninggal  ±65tahun.

Baligh:bermula untuk seseorang di peritungan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”  Laki-laki baligh ±15tahun, Wanita baligh ±12tahun.

Usia yang ada untuk kita beribadah kepadaNya, puratanya: Mati-Baligh=baki usia, (65-15)= 50tahun

50tahun kita guna untuk apa??

50tahun=18250hari=458000jam=12 jam siang hari 12jam malam hari (24jam sehari semalam)

Gambaran kasar: (jom muhasabah bersama)

Waktu kita tidur ±8jam/shari:

Dalam 50tahun yang kita habis dipakai tidur 18250hari×jam=146000jam=16tahun 7 bulan; dibundarkan menjadi  17tahun.

Logiknya:

Alangkah sayangnya 17tahun kita dihabiskan hanya untuk tidur sedangkan kita akan tidur dari dunia buat selama-lamanya nanti.

Waktu aktiviti kita di siang hari ±12jam:

Dalam 50tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari × 12jam=219000jam = 25tahun.

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,ada yang blogging(ehem2), ada yang makan dan banyak lagi.

Waktu rehat ±4jam:

Dalam 50tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari × 4jam = 73000jam= 8tahun

Rehat: menonton TV, atau mungkin dihabiskan dengan termenung di buai khayalan..

17tahun(tido) + 25tahun(aktiviti siang) + 8tahun(rehat) = 50tahun.

Lalu bila masanya untuk kita beribadah???

Sedangkan Allah telah berfirman
 “Tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”(51:56).
Maut datang menjemput tak penah menunggu untuk disahut, tak penah bagi signal dulu, bila malaikat datang merenggut nyawa, manusia tak mampu berkata walau sepatah pun, Allah lah yang berhak ke atas syurga dan nerakaNya, manusia kemudiannya menerima balasan setimpal dengan apa yang dikerjakan di dunia.

Memang benar menuntut ilmu itu satu ibadah, tapi hanya berapa kerat je yang berpegang dengan niat macam tu. Most of us fikir sambung blajar untuk kerja, nak jadi Engineer la,, (ehem2),doktor la,, dentist la.. sedangkan tak kesah la kerja apa pun nanti, menuntut ilmu tu satu ibadah.

Memang betul kerja cari nafkah tu satu ibadah, tapi kerja yang bagaimana? Ramai yang kerja untuk hidup yang mewah dan sedekahnya pula kurang. Sedekah pula nak kena pakai cek besar-besar dan puji-pujian yang melimpah ruah.

So, bila kita nak beribadah??

Bagi raaamaaaii orang fikir mungkin solat 5waktu tu dah mencukupi…..(tu pun kalau cukup 5waktu la kannn)

Berapa lama masa kita ambik untuk solat dalam 50tahun hidup? 1 solat= ±10minit….5×solat= ±1jam

Dalam 50tahun, solat = 18250 hari × 1 jam =18250 jam=2tahun.(kalau perempuan yang period tu?)

KONKLUSI PALING BERNAS ABAD INI!

Waktu yang kita ambik untuk solat selama  50tahun bernafas dibumi Allah hanyalah 2tahun sahaja! (kalau setiap solat 10minit laaa..kalau yang solat macam ayam patuk cacing atas tanah tu cammana nak kira?). Itupun belum tentu solat kita diterima . Lets wondering… solat kita yang2tahun tu agak-agak nya boleh cover tak dosa-dosa yang kita lakukan sepanjang 50tahun hidup disebabkan tingkah laku kita yang berhasad dengki, tak hormat ibu bapa,guru, mengumpat, BERCINTA SEBELUM KAHWIN dan bnyak lagi tu?? (tu pun kalau sempat hidup sampai 65tahun). Setiap perbuatan kita bergelumang dengan dosa samada kita sedar ataupun tidak.

Penyelesaian:

Isilah masa dengan benda yang bermanfaat, senang cerita, benda yang menunjukkan kehambaan kita kepada Allah S.W.T sebab itulah TUJUAN kita diciptakan. Bukan untuk jadi engineer, doktor, lawyer ataupun mana-mana pkerjaan.

“Salah satu tanda kemurkaan Allah kepada manusia ialah Allah biarkan masa kita terbuang begitu sahaja”

“Kalau kita tak sibukkan diri dengan Allah, nescaya kita akan sibuk dengan Jahiliah”

Akhir kata, kita sama-sama perbaiki diri. Saya juga sedang berpesan pada diri saya sendiri. Wallahu’alam.

2 comments:

Khairul Nizam Suhaimin said...

perkongsian yang menarik.. same2 muhasabah..

zahir said...

hmmmm...
bila fikir balik..

x sngka sy bnyk sngt buang masa dgn lakukn perkara sia2..

syukran atas perkongsian yg menarik..

insya-ALLAH sy akn cuba memanfaaatkn nikmat masa yg ALLAH beri dgn sebaiknya..