jemput join :)

Friday 16 March 2012

La tahzan wahai sahabat :)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang dikasihi Allah S.W.T. Semoga sentiasa berada dibawah naunganNya. Kerna Dialah The Best Protector yang kita ada dimana jua, tak kira masa. Macam kalau polis tu apabila dipanggil je datang kan? They all tak jaga kita pun time kita krooff kroff tido tu. Taw tak apa yang paling best saya rasa lepas karang satu etry baru? Saya rasa sangat best bila orang baca entry saya. Sebab apa? sebab saya nak sampaikan walau sepatah ayat! kalau orang baca kira dah tersampai la ayat tu kan. Cuma tertusuk ke jantung atau tak je.

First skali saya nak mintak maaf kat sahabat2 yang slalu meluahkan masalah mereka pada saya di facebook, email, twitter, skype and so on. Maaf sebab dapat bagi nasihat sekerat dua kata aje. Disebabkan kekangan masa yang agak melapampau, saya hanya ada weekend untuk ini. Dan jazakallah jugak sebab u all trust in me. InsyaAllah, saya cuba untuk jadi pendengar yang baik.
 Salah satu common problem yang dihadapi sahabat2 saya ialah, masalah dengan komuniti, which is berpunca daripada seseorang yang tak berpuas hati/jelesh/marah yang cuba menyebarkan khabar angin tentang kita supaya orang lain pun turut memusuhi kita. Fuhhh, panjang betul explaination ni. Saya gerenti, memang ramai yang ada masalah ni. Sangat-sangat ramai. Kan?? Saya pun pernah mengalaminya. So, no wonder la I can feel what u feel. Sahabat2 yang di muliakan Allah, S.W.T  Please kindly follow these steps:

1)Menjaga tepi kain sendiri
Bila ditimpa aje musibah macam ni kan, kita sibok aje nak korek situ sini tentang khabar angin yang disebar pasal kita. Apa kata kita jaga kain kita sdiri? Contoh yang amat ketara is, kita gi survey ngan orang lain dengan soalan2 yang macam ni "Apa lagi yang dia bagitau kau pasal aku?". atau "Dia cakap macam tu???? Lagi2??".. CUBA buat DEK. Boleh aje, lama2 khabar2 angin tu makin sayup2 kedengaran..dan akhirnya hilang disebalik bangunan2 kolej anda. HIHIHI. Betol, saya cabar andaa.

2)Penggosip liar
Biasanya golongan ni la yang buat part time jadi wartawan tanpa upah ni. Menyebar dan memperhangatkan khabar angin. Biasanya dari mana kita dengar khabar angin tu melainkan dari mereka? "Tak,, kawan baik saya yang bagitau,saya percaya kat dia. dia tak penah tipu saya", HEY! sedarlah dari omong kosong tu! Kawan yang baik takkan sampaikan cerita yang hanya akan membuatkan korang sedih! NEVER. Tutup telinga ye bila ada orang2 yang macam ni mendekati korang atau bagitau dia korang ada keja. Settle.

3)Think positif
Saya sangat tekankan yang ni, sebab once u berfikiran positif, u akan rasa tenang dan pandang semua orang dengan pandangan yang baik. No more rasa marah, no more rasa sakit hati. Okey, Contohnya ada orang sebarkan kabar angin mengatakan u ni hanya menumpang kekayaan seorang kawan. [credit to someone],First thing u must think is, betul tak benda tu? Kalau betul, buat apa nak marah? Memang betul pun. hihihi. sorry, macam tak membantu je ayat ni. Kalaulah betul, korang WAJIB fikir macam ni tau, "mungkin dia hanya bagitau kawan dia yang dia belanja aku makan tengah hari, kemudian disebabkan dia kaya, orang ramai mula buat konklusion mengatakan aku yang menumpang kekayaan dia", so, kalau macam ni 'orang ramai' yang patut disalahkan. Tapi orang ramai yang mana satu?? Bila dah jadi beramai-ramai yang buat konklusi ni, kita pun give up dah nak amik tahu. Kan, kan?? Kita tak boleh terima bulat2/bujur2/square2 benda yang kita dengar dan belum pasti pun punca dia.

4)Memaafkan
Ada tak sifat ni dalam diri korang? Ada tak? Nak cerita sal maaf-memaafkan ni, tak perluu tunggu hari raya, tak perlu tunggu time nak exam, tak perlu tunggu time sakit tenat baru nak memaafkan. Macam kita mintak ampun dengan Allah, Dia sentiasa membuka pintu taubat dan sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNya tak perlu tunggu hari raya pun. kan? Sedangkan kita ni hanyalah seorang hamba yang kerdil dan kalau dilihat kita dari pandangan atas sana tak kurang besar nya dari sebiji zarah dalam molecule gas.Nak cerita pasal memaafkan ni kita boleh amik contoh terdekat iaitu Rasulullah S.A.W sendiri.Sila klik disini untuk tahu cerita yang lebih lanjut. Kita maafkan jelah mereka yang berbuat jahat pada kita ok? BIAR ALLAH YANG MEMBALASNYA. Allah balas lagi hebat kot wey, kita takyah susah2 fikir macammana nak balas dendam. Orait?

5)Hablumminallah, hablumminannas
Maksudnya, hubungan baik dengan Allah, hubungan baik dengan manusia. Kenapa Hablumminallah dulu baru hablumminannas? Kenapa tak hablumminannas hamblumminallah?? Sebab hubungan kita dengan Allah yang the most priority nya. Saya pernah mengadu pada akak naqibah saya dimana saya ada masalah yang sama macam ni(sbijik sbenarnya), lalu kak naqibah saya cakap yang "kita rujuk balik hubungan kita dengan Allah tu macammana". Bila difikir2kan balik, sangat betul statement ini. Kalaulah kita ni jenis yang smayang pun cilap celup, Quran pun sentuh skali setahun(sentuh je bukan baca),memang tak pelik la kalau kita ada masalah ngan manusia/makhluk2 lain. Ingin saya kongsi satu hadis. Allah berfirman:

"Wahai malaikat. aku mencintai hambaku ini, maka engkau cintailah dia"
Hadis Qudsi

 Maka selepas malaikat medengar firman Allah, lalu mereka pun menyeru kepada bulan, bintang, matahari, langit, binatang2, pokok2 serta seluruh alam semesta untuk turut sama mencintai orang itu. Bahkan, manusia juga turut jatuh sayang pada orang itu.Best tak kalau Allah point kita? Best tak kalau Allah cakap "Wahai malaikat, aku mencintai[mujahidah], maka engkau cintailah dia".. Besttttt sangaaatt kan? Nescaya, seluruh urusan yang kita buat setiap hari dengan sendirinya akan menjadi mudah. Nak gi kelas, cuaca tak panas sangat, sebab matahari sayang kat kita, dia redupkan sedikit cahaya. Nak main hujan, hujan pun turun..sebab awan sayang kita. Kan? Tapi nak dapatkan semua kenikmatan ni kena ada pengorbanan la. Susah2 dulu, bersenang kemudian.

Wahai sahabat, janganlah bersedih OK? Kalau manusia tak suka kita, kita masih ada Allah,yang lagi2 sweet kecintaanNya terhadap kita. Mungkin kita pun tak mampu nak balas kasih sayang yang Allah bagi tu. Ingatlah ayat ini wahai sahabat:

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita"
At-Taubah:40

Akhir kata, saya nak ucap maaf kalau terkasar bahasa atau terkurang nasihat dalam entry saya ni. Sebenarnya kalau bab2 nasihat ni, saya lebih suka bercakap face to face sebab suara saya bakal menaikkan semangat kamu (cehh..memang prasaan habes), kalau taip2 ni kadang2 maksudnya tak sampai. Kena explain detail. Pesan saya, 'La tahzan, Innallah hama'ana', dun give up, just stand up okey.Jazakillahu khair ^__^

3 comments:

Inspector Saahab said...

jazakillah atas entry ini.

nasihat yang menarik. apa-apa pun berbalik kepada Allah s.w.t gerenti beres :)

inshaallah tertusuk :)

Anonymous said...

time baca mcm tgh dgr awk ckp dgn lajunye. haha

-fatin nasuha

Mirae Azis said...

syukran:DD its make me realised something..:)