jemput join :)

Friday 20 April 2012

Jenis2 nafsu :)


Assalamualaikum w.b.t kepada semuaaaa muslimin dan muslimat yang sudi meluangkan sedikit masa anda yang berharga untuk entry pada kali ini(bunyi cam blog femes..kuam3..), semoga anda semua sentiasa berada dibawah naungan yang maha Esa J happy suka saya untuk berkongsi sedikit pengisian yang saya dapat melalui Al-Hidayah TV3 jam 1:00 petang setiap Jumaat. Fuhh.. panjang lebar bagitau. Saya sangat teruja  kagum bila dapat tau tentang jenis2 nafsu yang wujud dalam diri manusia ni. Ulama-ulama mengklasifikasikan bahawa nafsu ni ada 7jenis. Which is….
1
)      NAFSU AMMARAH(paling rendah kebagusannya)
Nama pun ammarah kan, mesti sifat marahnya agak kuat berbading sifat2 yang lain. Difahamkan bahawa orang yang memiliki nafsu ini ialah orang yang tak redha.

Contoh: Berlaku satu eksiden jalan raya. Keta kebal rempuh motosekal. Drebar keta kebal tu tak rugi pape pun, yang sakit tenat tinggal nyawa-nyawa ikan tu si penunggang moto tu. Then kuarlah si drebar keta kebal dari keta kebalnya yang berjenama marcedis tu lalu marah-marah kat si penunggang moto yang tinggal nyawa-nyawa ikan.  Marah bagai nak rak. Macam semua nak salahkan abang moto. Nilah sifat orang yang tak redha yek. Dya bukannya nak fikir semua kejadian yang belaku tu ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T. Yang dya tau nak marah aje. Jauhkan sifat ni ye. Tak elok.


2)      NAFSU LAWWAMAH(elok sikit dari nafsu ammarah)
Orang yang memiliki nafsu ni ada sket la unsur kebaikan. Maknanya takda la jahat sangat. Ada lagi nilai2 murni dalam diri dya.

Contoh: (…sambung dari crita tadi), lepas drebar keta kebal marah-marah, then barulah dya termenung kejap and fikir yang semua benda berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. so, berkuranglah marah dya tadi. Pastu mintak maaf ngan abang moto. Boleh jadi dya tolong anta abang moto gi hospital?? Who knows…

3)      NAFSU MULHAMAH (terletak antara nafsu ammarah ngan nafsu lawwamah)
Nafsu ni macam skali baik, skali tak baik. Graf nya turun naik. Mcam graf sine lah. Turun naiknya sama banyak.

Contoh: (..masih lagi cerita yang sama), lepas anta abang moto gi hospital, dalam perjalanan ke hospital kerajaan(xde kaitan), si drebar keta kebal ni pun termenung skejap and cakap “kalaulah aku tak lalu jalan tadi, mesti aku tak terlanggar moto mamat ni..” atau “kalaulah mamat ni pakai baju kaler cerah sikit, mesti aku nampak dya nak masuk selekoh tadi..” atau lebih dasyat lagi “kalaulah aku tak beli keta kebal tu, mesti tak langgar mamat ni”. Nampak tak? Nampak tak? Semua benda nak “kalaulah…”, “kalaulahh..”, mula2 marah, pastu ok, mintak maaf, pastu rasa nak marah balik. Sebab apa? Sebab ada sifat “kalaulah..” tu. Bila benda dah jadi, jadilah ia. Takkan berubah if kita cakap “kalaulah..”. Jauhi sifat ini ye.

4)      NAFSU MUTMAINNAH(nafsu tenang dan baik)
Orang yang memiliki nafsu ni, dya suka berzikir mengingati Allah S.W.T sebab dya sukakan ketenangan. Dya redha dengan segala kejadian yang berlaku malah menganggap setiap benda yang berlaku ialah ujian dari Allah S.W.T. Orang yang memiliki sifat ni dah disebutkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran:

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku(30).”
Al-Fajr:27-30
Difahamkan bahawa setiap manusia akan berjumpa dengan Allah S.W.T kelak. Tapi hanya orang yang memiliki Qalbu Saleem(jiwa tenang) sahaja yang dapat jumpa Allah S.W.T dalam keadaan tenang dan cool.

Contoh: (lagi cerita yang sama..). tengoklah pada si penunggang moto@abang moto tadi. Dya diam je..cool.. tapi tak bermakna dya takda perasaan ehh. Bukan takda perasaan, tapi dya ni jenis yang bernafsu Mutmainnah. Baik dan tenang aje. Tak marah-marah macam drebar keta kebal.

5)      NAFSU RADHIAH(redha dengan segala-galanya)
Saya sangat tabik dengan orang yang memiliki nafsu ni. Sangat-sangat cool. Sebab apa? Sebab dya boleh redha dengan semuaaaaa benda yang berlaku. Tak kesah la kalau suami dya curang ke, anak dya lahir tak cukup sifat ke, memang dya akan redha. Subhanallah.,sangat kuat orang yang sebegini. InsyaAllah syurga bagimu. Yang ni taknak bagi contoh lah ye. Sebab dah TERsebut tadi.

6)      NAFSU MARDHIAH
Yang ni pun berkaitan ngan redha, tapi sangat best bila Allah S..WT sendiri yang redhakan jiwa seseorang itu. Bila Allah dah redha jiwa kita, memang senang la hidup. Susah nak jumpa musibah.

Contoh: Abih SPM, saya (publisiti guna diri sdiri) kuar gi cari kerja. Murahnya rezki saya, dapat keja jadi cashier kat Butik Guess. Boss punyalah baik selalu bagi bonus. Tak cukup ngan bonus, stiap kali rehat blanja makan pulak. Tak cukup ngan blanja makan, bagi baju Guess lagi..cehh,, tu bukan baik dah tu, mengorat namanya. Hahaha..ehh, ehem2,, control, control.. Tapi tu la nak cakap. Semua benda jadi senang. Tanda-tanda Allah redha jiwa dya J

7)      NAFSU KAMILAH
Yang ni nafsu yang paling-paling tinggi darjatnya. Sebab apa? Sebab nafsu ni takkan pernah boleh dicapai oleh manusia biasa..Hanya Nabi dan para Rasul SAHAJA layak memiliki nafsu ini.

OK, setakat ni aje entry saya kali ni. Kalau ada tersalah information, saya harap anda tinggalkan komen. Sebab sama-sama kita perbaiki yang tak betul.Semoga ia dapat memberi anda semua ilmu dan pengetahuan. So, taklah sia-sia saya mengadap laptop ni dengan muka bersemangat sambil dahi berkerut-kerut mencari ayat yang sesuai hendak ditaip.hihihi..tak kelakar ye? Jazakillahu khair semuaa ^__^

No comments: