jemput join :)

Saturday 7 July 2012

bila hati rindukan ayah :'(

Assalamualaikum w.b.t, sudah lama rasanya blog ni tak disentuh. bersarang. mungkin. Rindu betul hati ini pada arwah ayah. Sangat. Hanya Allah sahaja yang memahami. Sekecil-kecil perkara dalam hidup saya seharian, semuanya berkaitan dengan ayah.

Bila masak, orang tanya mana dapat resepi, "Oh, ayah saya yg ajar"
Bila orang tanya mana awak tahu, "oh ayah saya pernah cerita"

Bila nampak makanan fevret ayah, kopi fevret ayah, hati ni bagai meraung2 jerit nak jumpa dengan ayah. nak duduk depan ayah lama-lama and borak sepuas-puasnya. Ayah suka tempe, saya pun suka tempe. Bila makan tempe, saya teringat satu peristiwa bilamana saya lupa untuk gorengkan ayah tempe and tempe tu rosak keesokan harinya. Perasaan tu, benar-benar menusuk jantung. Tapi saya still makan tempe dengan wajah gembira. Setiap suapan tu, benar-benar mengingatkan diri ni pada ayah.

Ayah meninggal sebab heart-attack, and dua tiga menjak ni, lecturer asyik cakap pasal heart-attack, hanya 10% daripada pesakit jantung yang terselamat apabila terkena serangan jantung. And ayah termasuk dikalangan 90% yang selebihnya. Telinga sedaya upaya ingin dikunci dari dalam, tak mahu dengar apa-apa yang dikatakan oleh lecturer tentang pesakit jantung. Tapi, realitinya tak boleh diputar belitkan. Hanya diri harus tabah menerima segala ketentuanNya.

Kawan tanya saya, "kau rindu tak ayah kau". wahai kawan, bohonglah kalau aku menafikannya. Sedangkan setiap hari aku tabahkan hati untuk tidak menangis dan meratapi pemergian ayah. sedangkan apa-apa yang ada di sekelilingku semuanya berkait rapat dengan ayah.

Petang tadi, saya ke UM, dalam perjalan pulang, saya ternampak ayah. Kaki berhenti melangkah. Jantung berdegup kencang. Hampir ingin berhenti dari berkata-kata. Seorang lelaki memakai kaca mata, rambutnya tersusun rapi, ada uban di kepalanya, dia sedang memegang kamera, sedang menangkap kenangan2 manis bersama beberapa orang muda. Ayah saya juga seorang yang suka mengambil gambar. Tak kiralah samada peristiwa tu penting ataupun tidak. Tak heranlah kalau gambar saya dan adik beradik sangat2 lah banyak. Dan abang juga menceburi bidang fotografi sebab ayah yang suruh. kawan sebelah menegur, mematikan lamunan saya, "kenapa?", kemudian barulah saya sedar, di depan saya bukan lah ayah, tapi seorang lelaki yang mirip ayah.

Betapa hati ini sangat rindukan ayah. Teramat2 sangat. sepanjang perjalanan balik, saya berada dalam bas sambil berfikir panjang, rindu betul pada ayah. Adakah kami adik beradik dah melaksanakan segala amanat yang ayah tinggalkan,? Balik ke hostel, saya bukak laptop, online. Buka FB, terbaca status abang yang benar-benar meluruhkan air mata yang sejak petang tadi ditahan.

"saya pulang rumah, cuti mungkin, bila sampai di tangga rumah, saya tanggalkan kasut, saya intai dalam rumah, saya lihat dia duduk ruang tamu sambil baca suratkhabar, dia pandang saya & dia tersenyum, "bah dh balik?" datang rasa sebak dalam hati. tapi tidak tahu pula dari mana datangnya rasa sebak ini, dia ada di depan mata, mengapa masih rasa sebak. beberapa detik kemudian tersedar. rupanya mimpi. ya Allah"


Rupa-rupanya, bukan aku seorang yang rindukan ayah, bukan aku seorang yang selama ini menahan sesak didada merindukan orang yang takkan kembali lagi, bukanlah aku sorang yang menahan pedih itu. Tapi, dalam diam, hati ini bermuhasabah, bukan kesedihan itu yang ayah perlukan disana, bukan titisan air mata yang ayah inginkan, malah amanat ayah tak pernah pun menyebut tentang perkara2 sebegitu. Tapi ayah perlukan anak-anak yang soleh, solehah utuknya disana. Ayah perlukan doa-doa kami untuknya disana. Sedarkah kami wahai anak-anak ayah?

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." 
Al-Isra':24

"Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. "
Maryam:47

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." 
Al-Ahqaaf:15


Saya sedang bermujahadah, mencuba untuk menjadi anak ayah yang solehah. Saya nak bantu ayah saya untuk masuk syurga, saya nak jumpa balik ayah disyurga. Semoga abang2 dan adik2 saya pun turut sama berusaha. Agar kami sekeluarga berkumpul lagi dirumah kami, disyurga.

Wahai ayah, tenanglah kamu disana, tenanglah kamu bersama golongan-golongan yang beriman, kerna sesungguhnya, kamulah seorang ayah yang hidupnya berjihad untuk menjadikan kami anak-anak yang soleh, serta hamba Allah yang taat. Kamulah seorang ayah yang hebat, tak pernah perkataan letih aku dengar darimu, malah, kamulah pemangkin semangatku setiap aku berasa lemah dan goyah. Semoga rohmu dicucuri rahmat, al-Fatihah untuk seorang ayah yang hebat :)


2 comments:

Khairul Nizam Suhaimin said...

Lama menunggu entri dari kak chip.. apepun trima kasih sudi berkongsi pengalaman..membuatkan diri ini rasa bersyukur.. semoga terus tabah

nadiah said...

menangis kita baca. :'(
tak dapat bayangkan mcm mana perasaannya bila ayah dah tak ada.
alfatihah buat ayah ye.