jemput join :)

Saturday 10 November 2012

amboi, canteq bahasa!



“Allah dah bagi badan lawa-lawa, sapa suruh makan banyak sampai jadik gemuk???!!”

“Allah buat muka kau elok je, sapa suruh tak jaga elok-elok sampai keluar jerawat batu??!!”
.
.
.
.
.

p/s: amboi, canteq bahasa!


Ingin saya kongsi cerita saya sewaktu di bangku sekolah dulu. Berkawan dengan rakan-rakan yang sekepala. Semuanya gila-gila. Kalau nak cerita tentang apakah kenakalan yang kami dah lakukan dulu, sungguh, tak terkira. Sehinggakan cikgu disiplin sudah tak sabar-sabar lagi menunggu pemergian saya ke mrsm. Wajah mereka bak bunga ros yang mekar merah bila tahu saya mendapat tawaran ke mrsm. Dalam hati ini “hampeh sungguh cikgu ni”..kikiki..

Tapi itu bukanlah point sebenar entri saya pada kali ini. Ingin saya ceritakan sedikit tentang budak-budak sekolah yang nakal ini. Cikgu disiplin kami pada waktu itu bertubuh gempal, rendah dan sudah lanjut usia. Seperti yang kita tahu, cikgu displin adalah musuh terketat kepada budak-budak nakal. So, bilamana cikgu displin ni ada ‘weak point’ yang bisa digunakan untuk dikenakan oleh pelajar nakal, ya! Itu dia! Itulah yang digunakan untuk membalas balik hukuman-hukuman yang diberi oleh cikgu disiplin. ‘si gemuk’ ke.. ‘si tua’ ke.. banyak jugalah nama-nama samaran yang dilabelkan.

Kalau bab mengejek, bukan cikgu-cikgu aje yang kena, malah dikalangan rakan sebaya sendiri pun ada yang sanggup mengejek sehingga menyakitkan hati kawan sendiri. Yang pendek, diejeknya ‘pendek’ ke,, ‘shortie’ ke.. yang gemuk plak dipanggilnya ‘debab’ ke.. ‘badak air/badak sumbu’ ke.. ‘bluhippo’ ,’boyot’ ke….[eh, banyak plak idea untuk ni]. Yang jongang ke, berjerawat ke,, kalau boleh jangan berharap nak lari daripada ejekan-ejekan manusia yang bermulut ringan ini.

Bagi saya, satu benda aja saya pegang dari dulu. Semua yang kita tengok itu, semuanya Allah yang buat. Siapakah kita nak ejek ciptaan Allah? Ok, itu ialah ayat yang paling senang untuk difahami. Kalau masih tak faham boleh bukak Quran, meh nak tunjuk teguran direct dari Allah kepada manusia-manusia jenis yang suka mengejek ini!!

Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "
[Al-Hujurat:11]


Saya punyai pengalaman, bilamana kawan baik saya balik bilik sambil menangis. Saya Tanya kenapa, rupa-rupanya dia diejek dengan dasyat sekali. Walhal padahal dia langsung tak berbuat apa-apa sehingga mengganggu orang lain apatah lagi menyakitkan hati orang lain. Oh, manusia. Kejam sekali kamu. Lidah diberi bukanlah untuk mengejek orang.Tak kesah la siapa suruh makan banyak ke, tak jaga muka ke!! [emosi kejap…],hehehe.

Ingin saya kongsikan satu cerita pada zaman Rasulullah S.A.W, seorang sahabat baginda bernama  Abu Zar sering memanggil Bilal ArRabah dengan panggilan Si Hitam. Pada suatu hari, seperti biasa, Abu Zar memanggil Bilal, “Hey, Si Hitam!”, sehinggakan Bilal kecil hati dan sedih. Lalu Rasulullah S.A.W memanggil Abu Zar dan baginda berkata kepada Abu Zar “sesungguhnya, masih ada karat-karat jahilliah pada dirimu”. Dengar sahaja Rasulullah berkata sebegitu, Abu Zar terus mencari Bilal dan menyuruh Bilal memijak kepalanya kerana berasa bersalah diatas perbuatannya mengejek Bilal. Kerana menghina seseorang disebabkan keturunannya adalah dilarang kerana setiap anak Adam adalah serupa samaada kulit hitam atau putih semuanya adalah hamba Allah s.w.t.

Tahukan anda? Islam melarang seseorang Muslim menghina orang lain disebabkan bangsa atau warna kulit. Sesiapa saja samaada dari Bangladish, Indonesia, Pakistan, Afrika, India, Cina dan lain-lain selagi mereka orang Islam dan orang beriman sebenarnya mereka adalah saudara kita. Allah s.w.t  tidak pandang seseorang kerana bangsanya atau warna kulitnya tetapi Allah s.w.t pandang taqwanya kepada-Nya. Bukan??

Bukan itu sahaja, malah Rasulullah juga mengajar kita supaya tidak mengejek orang yang pernah melakukan salah, khilaf ataupun dosa. Dizaman serba canggih ini, mungkin ramai juga dikalangan sahabt-sahabat kita yang terhanyut dalam arus sosial zaman globalisasi ini [????], jika ada salah yang mereka lakukan, don’t you dare nak ejek-ejek OK? Sebab apa? Hey, try you fikir, orang yang buat salah tu diri you sendiri,, kalau kena ejek mesti you malu kan?? Habis tu, macamana you nak kembali ke pangkal jalan kalo orang around you asyik ejek ja?? *rojak kejap.

Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya, “Siapa saja yang mencela saudaranya sesama Muslim karena sebab dosa yang pernah dia lakukan maka orang yang mencela tersebut tidak akan mati sampai melakukannya”.

Dari Watsilah bin al Asqa’, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Janganlah engkau menampakkan rasa gembira saat saudaramu sesama Muslim menderita kesusahan. Hal itu menjadi sebab Allah menyayanginya dan menimpakan cobaan pada dirimu”
(Hadis Riwayat Tirmidzi.)

WAHHH, takutnya.(sambil mulut ternganga denga radius 5cm). Tak takut ke kamu semua?? Inilah apa yang kita kena rasa as a muslim. Betapa Islam tu sangat menjaga hubungan sesame Islam itu sendiri, tapi tu tak bermakna kita boleh ejek penganut agama lain.

Dengan ini, saya mengajak anda semua ,marilah kita bina hubungan ukhwah Islamiyah dan silaturahim sesama Mukmin. Jauhilah sikap suka mengejek, menghina atau memerendahkan sesama Mukmin kerana setiap orang Mukmin adalah bersaudara. Jika kita jaga hubungan ini dan memperbaikinya maka kita akan mendapat redha Allah s.w.t samaada di dunia dan hari akhirat. InshaAllah, jazakumullahukhair J



No comments: