jemput join :)

Monday 22 October 2012

hitam atau putih


dalam hiruk pikuk manusia, berjalan aku seorang diri. Kaki bergerak pantas namun mata mampu menangkap setiap gelagat manusia. panjang aku berfikir. hujan turun dengan lebatnya. secara tiba-tiba. mematahkan niat aku untuk pulang terus ke kolej. kemudian aku ambil keputusan untuk duduk-duduk sambil menjamah sedikit makanan memandangkan sejak pagi tadi lagi perutku tak terisi. dudukku bukanlah tak bersebab.

sambil menunggu makanan yang dah di order, aku pandang meja sebelah, eh, bukan, meja depan. seorang budak  remaja lelaki dan perempuan, masih di sekolah menengah agaknya. sangat mesra. makanan satu pinggan dikongsi bersama. sambil borak-borak kosong *mungkin. yang perempuan ketawa manja, sambil si lelaki mungkin berjenaka yang tidaklah kelakar mana pun, tapi mungkin demi menunjukkan barisan gigi yang putih, ketawa yang manja tu dihamburkan sedikit demi sedikit.. [??].  Mesra betul mereka ni. sampai tak sanggup lagi mata ini mahu menatap. aku berfikir sejenak. Apa agak-agaknya alasan yang mereka beri kat mak ayah sewaktu nak keluar dari rumah?

"Papa, adik nak keluar beli barang kejap"
"mama, abang nak keluar jumpa kawan, ada hal penting nak bincang"
"emak, kakak ada kelas tambahan petang ni, mungkin balik lewat, so, no worries ok?"
"abah, urgent lah nak keluar, nak pulangkan barang yang pinjam hari tu"
.
.
.
.
.
.
.
"daddy, baby nak keluar jumpa BUAYAFREND baby, takyah tunggu baby dinner orait?"

WOWWWWW!! *superb

ahh, mungkinkah fikiranku terlalu kolot? ini zaman teknologi serba canggih, mak ayah sekarang jauh lebih sporting dari mak ayah dulu yang kolot, mulot, pulot. *pulut....   ohh..tak heranlah ramai yang berpeleseran di tepi jalan, tengah jalan, bawah jalan[??].. adakah kerna kesportingan yang terlampau? 

"HEY, negara dah maju. you fikir pun ada kena maju siket la amoii"

maju.. fahamkah mereka erti maju tu sendiri..? aku masih terbayang lagi suasana  di cafe sebuah universiti swasta tempat aku belajar dulu. ramadhan. waktu berbuka puasa. penuh betul cafe. sampai takde tempat nak duduk. ramai sungguh yang berpuasa ya. Alhamdullillah........erk?  setiap meja masing-masing  berpasangan. Oh,, bukak puasa ngan gelifren and buayafren la kan.. orang tersayang lah katakan..
kadang-kadang aku pernah terfikir, macammana ibadah puasa yang mulia tu boleh pulak disatukan dengan 'date'. 2 in 1. macam kopi O' uncang.. hebat sungguh invention muda mudi sekarang. senang dan jimat masa.

makanan yang tadinya di order dah pun siap. Mee kari yang pekat dan lazat. memandangkan aku seorang diri, maka, mee itu aku makan dengan penuh kenikmatan. tengah menjamu selera, kedengaran suara beberapa orang perempuan cakap-cakap kosong dengan suara yang kuat. apa agaknya yang dibualkan, seronok sangat ke? oh, berminat juga nak tengok. mata ini dijelingkan sedikit, nak tengok bentuk perbualannya. 

Wahhhhh!! grand sungguh baju yang dipakai. sedikit perasaan bersyukur lahir dalam diri. mungkin kerna baju yang ku pakai punya kain yang cukup untuk menutup seluruh auratku dengan baik. aku lihat lagi gelagat mereka. kepala ditutup dengan tudung bawal yang agak singkat, di angkatnya lagi sampai paras atas dada. Oh, muslimah rupa-rupanya. saudaraku. *bisik hati kecil. aku tengok tudung yang melekat pada diri ini. bersyukur kerna mampu menutup seluruh aurat dengan baik.

tapi, mereka mengingatkan aku pada diriku dulu. kita serupa. menutup kepala sahaja difikirkan sudah memenuhi syarat menutup aurat dalam Islam.tidak mengapa pakai baju singkat dengan seluar sendat dan tudung yang kainnya hanya mampu membalut kepala sahaja. mungkin trend? tak, mungkin kerna tak mahu kelihatan waraq. mungkin kerna aku bukan dari sekolah agama? mungkin. tapi secara jujurnya, aku yang dulu tak mampu nak menilai yang mana putih dan hitamnya dalam Islam. semuanya kelihatan bercampur aduk. kelabu. Ya, kelabu. 

kelabu yang dilihat menjadikan seorang muslimah itu menutup kepala tapi berpakaian sendat, solat tapi diakhir waktu, berselawat tapi artis-artis dijadikan idola dalam hidup. berpuasa tapi melakukan maksiat. bertudung, tapi bermesra dengan lelaki bukan mahram. Islam, tapi melacur. Islam, tapi buang bayi macam buang sampah je.tak mengapa bukan? tak mengapa kerna ianya kelihatan kelabu. 



hiba sebentar. aku juga melihat dunia ini kelabu suatu ketika dahulu. apa yang hitam, apa yang putih. tak mampu dijawab. ikut saja orang sekeliling. mungkin itu yang sebetulnya. macammana orang berpakaian, begitulah aku pakai. entah kaca mata yang aku guna. kaca mata dimana semua benda nampak sama. yang salah, nampak betul. yang betul nampak salah. itulah dia. kaca mata kelabu yang selama ini aku pakai sebelum bertemu cahaya tarbiah ini. 

aku yakin, ramai yang masih guna kaca mata kelabu tu. kalau tak, mana mungkin kes jenayah  semakin meningkat dikalangan kaum melayu, . Oppss, umat Islam. apa yang ada dalam Islam hanyalah digunakan bila perlu sahaja. seperti kawin, bercerai, menunaikan haji, raya, puasa,zakat, time ni baru nak berdebat pasal Islam. dalam Islam itu dan ini. 

"I free hair but I dah pegi Mekah so many times, umrah with family, haji pun I dah buat, do haji is not about changing yourself, just be yourself.."

"I suka clubbing, but when it comes to kawin, for sure kena cari tok imam jugak kan?"

cuba perhatikan ayat yang Allah turunkan pada kita:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"
[Al-Baarah:208]

Siapakah orang-orang yang beriman itu kalau bukan kita? Umat Islam.? Atau mungkin bagi kita, yang membezakan Islam dengan agama lain hanyalah mengenai solat 5waktu sahaja? 

banyak sungguh perkara kelabu dalam hidup kita. Couple tu salah, tapi sebab salah,  kita ubah dya jadik couple Islamik. eh? bagaimana harus dijelaskan disini. Couple itu hitam. Islamik itu putih, bila dicampurkan, jadi kelabu. betul bukan? kelabu. 

Allah dah jelaskan pada kita, "masuklah Islam secara kesuluruhan", bukan 20%, bukan 50-50. So, bilamana diri kita ialah ISLAM, maka, kaca mata Islamlah yang mesti digunakan. habis tu, kaca mata kelabulah yang kita tengah guna sekarang hinggakan umat Islam tak seperti yang digambarkan dalam Quran? kalau begitu, kenapa ramai yang masih tak tahu akan hal sebenar? kenapa masih ramai yang tak tahu akan kaca mata Islam tu?

Diri ini bagai mahu menjerit memberitahu semua orang tentang kaca mata superb nih. Tapi bagaimana caranya? kerna itu, warkah ini ditulis[ewahh]..Ayuh, kita pakai kaca mata Islam. Kerna hanya ia yang bisa bagi kita penglihatan yang jelas. samada hitam atau putih. Bukanlah seperti dunia kita sekarang. semuanya nampak kelabu. Islam hanya mengajar kita dua perkara simple sahaja. Hitam atau putih.

*minta maaf sekiranya bahasa agak kasar atau cerita diatas ada kaitan dengan pembaca, sekadar perkongsian dan renungan, kerna syurga yang luas itu bukanlah untuk aku seorang :)




No comments: