jemput join :)

Saturday 29 December 2012

NOW HIRING!

Cik Midah jalan-jalan kat Mall di bandar X, peluh memercik di dahi. Eh, tak berpeluh, sebab Mall kan ada erkon. Tapi Cik Midah penat. Jalan ke hulu hilir. Kesian Cik Midah. Tambah-tambah Cik Midah tak brekfas sebelum pegi Mall tadi. Perut Cik Midah berkeroncong. Macam-macam genre lagu kedengaran. Kalau macam Cik Midah rasa kesunyian jalan sorang-sorang kat Mall tuh, kuar la genre R&B, tak pon kuar yang macam ala-ala lagu Maher Zain tuh..amenda? Barakallah, tralalalala...

Ok, Cik Midah ni sebenornya tengah cari keje. Alahh, keje biase-biase jekk.. asalkan dapat duet. Fine la tu.  Penat betol Cik Midah. Satu Mall pusing, satu kedai pun tak sangkut dengan dia. Bila dah lembik kepala lutut, pipi pun dah kembang kempis tahan penat, Cik Midah duduk kejap kat bangku dalam Mall tuh. Lama Cik Midah fikir. Camana nak cari keja nih. Camana nak dapat duet nih. Banyak nak guna duet. Al-maklumlah, Cik Midah ni study lagi. Banyak benda Cik Midah nak beli.

Then Cik Midah try pegi the next Mall. Jauh jugak jalan. Matahari atas kepala, kesian Cik Midah. Rambut Cik Midah yang ikal mayang tu basah dek peluh yang mencurah-curah. Disebabkan Cik Midah ni pakai baby-T jek, baju yang dipakai pun turut basah dek peluh. Perghh, kalah masuk sauna. Kalau macam ni hari-hari Cik Midah jalan, bleh kurus tinggal rangka ja kan. Habis make-up Cik Midah, bedak-bedak semua dah hilang. Tapi Cik Midah teruskan jugak berjalan sampai ke Mall yang satu lagi.

Sampai jugak Cik Midah akhirnya. Fuhhhh, penat tahap infiniti. Then Cik Midah melangkah masuk dengan Bismillah...
"Ya Allah.. Kau murahkanlah rezkiMu kepada aku wahai Pemberi rezki..",doa Cik Midah.

Jalan punya jalan, satu kedai pun takdak keja kosong. Cik Midah dah nak nanges dah. Badan penat, peluh berliter-liter keluar, and Cik Midah tak dapat keja pun!! 

Tengah Cik Midah melayan perasaan sedih tu....Cik Midah ternampak dari jauh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wahhhhhhh....AKHIRNYA!!!! Orait, orait Cik Midah, relax dulu.. cakap apa kalau ada berita gembira? cakap apa? ALHAMDULILLAHHHH.... Ok, Cik Midah tak jadi nak nanges.  Dengan mata bercahaya, senyuman sampai ke dahi, Cik Midah berlari-lari anak menuju ke kedai tersebut. Rambut yang kusut masai tu dirapikan sedikit. Almaklumlah, kan nak mintak keja. Baby-T yang dipakai ditarikkan sedikit kebawah. Jangan nampak sengkat sangat la.. Kan nak mintak kejaa.. Pastu, pastu, compact powder dieluarkan dari handbagnya, ditepuk-tepuk ke muka, biar tak nampak berpeluh siket, kan nak mintak kejaa..

Fuhh, 1, 2, 3, Cik Midah susun langkah. Berdebar-debar. Eh? Mintak keja je pun, bukannya gi pilih suami. Amboih. Cik Midah dah sampai kedai tu. Oh, tak ada pelanggan pun. Tapi.. kedai apa ye?? Cik Midah mendekati kaunter kedai itu. Kelihatan sorang mak cik tengah duduk kat situ. Tengah baca buku. Humm.. bagaimana harus Cik Midah mulakan?

"Hye..hye..assalamualaikum, umm. auntie, ada keja kosong tak..?", bergetar-getar suara Cik Midah. Macam tengah berhadapan dengan penyoal siasat.ecehh.

"Waalaikummussalam. Ada," senyum sinis.

"Ohh, umm, auntie, saya nak mintak keja kat sini. Bila boleh start ye?,"yakin dah dapat ja kau ye Cik Midah.

"Bila-bila jek. Tapi..adik dah baca ke syarat-syarat untuk jadi pekerja kat sini?,"senyuman makin sinis kalah poison ivy girl batman. Kah kah kah.

"erk? syarat??..," Cik Midah mendekati iklan 'NOW HIRING' tadi. 


"erkk...takleh kecik lagi ke tulisan nehhhh,"gomel Cik Mida. Dikecikkan biji matanya agar syarat-syarat tu boleh dibaca.

Syarat-syarat:
MENUTUP SELURUH AURAT SELAIN MUKA DAN TANGAN[BAGI WANITA]
TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SEJAK BALIGH [KALAU BARU INSAF BOLEH DIMAAFKAN]
MENGHAFAL BEBERAPA SURAH PENTING[spt: Al-Mulk, Ayat Qursi, 3Qul, ect..]
WAJIB MENYERTAI USRAH SEKIRANYA DITERIMA SEBAGAI PEKERJA
MENTAATI IBU-BAPA DAN SUAMI

".................................................................," peluh dingin.

"Amacam? ROCK tak mak cik? KAH KAH KAH," sinis lagi.


**Kalau seluruh pekerjaan di dunia ni menekankan syarat-syarat sebegini, konfem tak berlaku korupsi[rasuah] pecah amanah, dan macam-macam lagi. Malah, ekonomi dunia pun bertambah maju. Kemiskinan dapat diatasi! Ewaahhh... WAH WAH WAHH..




No comments: