jemput join :)

Friday 11 January 2013

MINTA TOLONGGG


Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang terpaksa/dipaksa atau sengaja membaca blog ini. Syukran, syukran, saya sangat menghargai masa yang kalian luangkan walau seminit, moga Allah membalasnya dengan seminit yang diberkatiNya, semoga Allah membalas dengan ganjaran yang lebih hebat tahap infiniti, triniti?? Ya Allah, sungguh, andai tiada esok bagiku, hanya ini yang aku ada sebagai saksiku menyampaikan ayatMu :')

Sebelum ke agenda yang teramat sangat penting, ayuh, mari istighfar minimum TIGA kali, betulkan niat. Moga Allah membuka seluas-luas pintu hati kita untuk menerima sedikit pencahayaan kepada kita yang selama ini berada dalam gua jahiliah.. Beberapa ketika dahulu, saya pernah bekerja di sebuah kedai buku kat area *******r. As a part timer. Currently as a student...[??]. Banyak peristiwa yang sangat teramat menarik mahu saya kongsikan disini. Tolong bagi perhatian T__T  

Nak dijadikan cerita disini, di kedai buku tersebut, semua pekerja disitu ialah dikalangan kaum kumbang, manakal spesis bunga hanya ada dua kuntum termasuk saya. Mungkin kerna kerja disitu yang teramat la penat, macam sukan bina badan, sebab setiap hari kena angkat and susun buku yang besar-besar, so, tak banyak bunga yang berkenan mahu kerja disitu. Tapi saya sanggup sahut cabaran itu kerna nakkan pengalaman..[yelaahhh tuu].

Saya lihat, pekerja disitu agak kekok nak berkomunikasi dengan saya, mungkin mereka agak janggal dengan  alien yang berselimut bekerja ditempat mereka, sedangkan sebesar-besar alam shopping complex kat situ spesis alien seperti saya satu pun tak dijumpai. Saya beranikan diri. Bertanya macam-macam, meskipun mereka melihat saya dengan pandangan yang sumpah aneh!

Kat sini, mungkin saya boleh akui, yang saya memang makhluk asing. YES! ASING. sepertimana hadis Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” 
(HR. Muslim)

Ah, ada unsur riak disitu. [ecehh]. Sudah dua tiga hari saya bekerja di kedai buku tersebut and apa yang saya perasan, kalau tiba aje waktu solat, takde sorang pun akan keluar untuk solat. Mereka hanya akan brenti rehat untuk makan jek tu pun makan dalam office. Saya mula berthinking positive..

"Ehh..ada mana-mana bilik rahsia untuk solat yang aku tak tahu ke dalam kedai ni??"

Kemudian, terjadilah satu peristiwa dimana sudah tiba waktu zuhur, dan sewaktu itu semua orang sangat sibuk dengan tugas masing-masing, and kami tak menang tangan melayan kerenah customer tambah-tambah lagi waktu itu ialah weekend. Kemudian saya beranikan diri untuk mintak keluar solat dengan supervisor kami. 

"Kerja tu saya buat kejap lagi, saya nak keluar solat kejap,"saya menyuarakan kehendak dengan muka slumber badak.

 Heyy, mestilah kena slumber, sebab solat tu kan memang..umm. memang.. umm.. tak pelik la kan kalau nak pegi solat? Apa yang peliknya disini, seorang pekerja lelaki muka seakan-akan orang thailand yang turut ada masa tu(saya kenalkan dengan nama A), muka dia terkejut sakan bila tengok saya mintak izin untuk keluar solat. Terkejut macam saya mintak brenti keja. Tapi saya tak endahkan kekejutan dia sebab masa tu memang sangat nak cepat. Lepas supervisor bagi izin dengan anggukannya, saya keluar cepat-cepat. 

Petang itu, saya sedang sibuk mencari buku yang dimintak oleh customer. Disebabkan saya masih baru kat situ, saya tanpa segan silu bertanya pada A tentang bahagian buku mana sepatutnya buku yang saya cari tu disusun. A angkat muka, dia agak terkejut sebab saya yang tak pernah bercakap walau sepatah dengan dia tiba-tiba bertanya seakan-akan kami dah lama kenal. 

"Ohh, yang tu, yang tu ada kat rak bahagian economy," gagap. 

Saya tengok A, mata tak berkelip. mintak maaf, ni bukan filem cinta pandang pertama atau apa, cuma apa yang mengejutkan saya ialah A ada tattoo di bahagian lehernya. Uniform kami berkolar, jadi mungkin senang baginya untuk menyembunyikan tattoo tersebut, tapi entah kenapa, saya ternampak. Tapi, apa yang nak heran, dia kan came from thailand?? getus hati kecilku. Saya humban jauh-jauh perasaan kehairanan saya terhadap A. yelahh, orang bukan Islam, apa yang nak hairannya. Then, buat kali keduanya saya ternampak lagi tattoo A sewaktu saya bertanyakan sesuatu[juga mengenai buku]. Kali keduanya, saya sangat relax dan macho, sebab tak perlu terkejut kot. Tattoo je punn. Kemudian saya dengar supervisor kami memanggil A dari dalam office..

"AMINNNNNNNN, datang sini kejaapppp,"......gulp. peluh dingin. Ya Allah, Amin? (bukan nama sebenar).

Allah saja tahu macammana terkejutnya saya masa tu. Kenapaaa....bukankah dia dari thailand T.T  Saya seperti kaget. Adakah sebab tu dia sangat terkejut bila saya mintak izin untuk keluar solat? Adakah disebabkan namanya AMIN, saya terasa amat terkejut sekali? dua kali?? Allahh..

Bila difikirkan balik, bukan Amin sorang je dalam dunia ni sebegitu, saya yakin, kat luar sana masih ramai yang seperti Amin. Bukan niat saya ingin menghina mana-mana pihak, tapi pada siapakah kita nak salahkan bila berlaku hal seperti ini? Ingin saya mengajak anda semua berfikir sejenak, sejenak sahaja. Dalam kehidupan kita yang dah 20tahun ni, pernah tak SEKALI pun, kita mintak dengan Allah,

"Ya Allah, Kau berikanlah aku kefahaman dalam agama.."

Pernahkah wahai sahabat-sahabatku? Kalau pernah, adakah bilangannya cukup dikira dengan jari-jari yang ada atau tak terkira sikitnya? Kalau banyak, Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan. Macam-macam kita mintak dengan Allah. Nak itu, nak ini. Tapi sedar tak kita yang paling-paling penting keutamaannya pada kita, jarang sekali kita mintak? Kita mintak straight A's exam, kita mintak nak jadi kaya, kita mintak nak isteri/suami, kita mintak dimurahkan rezki. Bila kita dalam kesusahan, kita fikir Allah tak makbulkan doa kita. Sebab apa? sebab tak nampak pun rezki yang Allah bagi. Padahal kita tak pernah sedar sesungguhnya anugerah terbesar, NIKMAT TERBESAR daripada Allah S.W.T adalah apabila diberi kefahaman dalam agama. 

Kesian kepada mereka yang jahil dalam agama. Mereka tak tahu kemana hala tuju hidup mereka. Setiap hari mereka bangun pagi dan mengulangi rutin yang sama begitu juga dengan keesokan harinya. Tak ubah macam robot. Bekerja hanya untuk memastikan esok masih hidup untuk kerja jugak dan untuk terus hidup lusanya. Adakah kalian termasuk dalam golongan tersebut? Nauzubillah. 

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
[Al-Baqarah:30]

Kita fikir, cukuplah sekadar berbuat baik, tak mencuri, tak membunuh, tak menipu, pastu masuklah syurga..pffftttttt,, dear readers, tolong fikir berbanyak kali lagi. Sila hantuk kepala didinding beberapa kali, kemudian garu menggunakan sabut kelapa..

Saya menyeru kepada seluruh sahabat yang membaca entry ini, MINTA TOLONGGGG sama-sama kita mintak kefahaman agama kepada Allah, dengan ini, mana yang putih dan hitam kita nampak dengan jelas. Tak ada istilah KELABU dalam Islam. MINTA TOLONGGGG demi agama tercinta, mari kita selamatkan akidah sahabat-sahabat kita yang lain 

"Ya Allah, Kau anugerahkanlah kami kefahaman dalam agamaMu ini, jauhkanlah kami dari api neraka, hanya Engkau sebaik-baik pelindung dan tempat bergantung"

**Jazakumullahu khairan katheera :)







No comments: