jemput join :)

Thursday 13 December 2012

yang terubah dan yang diubah (ending)

Universiti Heilbronn atau dalam bahasa Jermannya Hochschule Heilbronn. Sudah hampir sebulan Qalishah menetap disitu setelah beberapa bulan dalam program persediaan ke Jerman di Gemany-Malaysian Institute[GMI] Bangi, Selangor. Keputusan SPM Qalishah yang agk cemerlang telah melayakkan dia ke dalam bidang kejuruteraan automotif yang telah menjadi idamannya sejak di bangku sekolah lagi. 

Sejak Qalishah berada di Jerman dia mula merasakan hidupnya kosong. Kalau dulu, cemerlang dalam SPM merupakan cita-citanya paling tinggi. Siang malam berpenat lelah menelaah pelajaran, mengejar sesuatu yang dirasakan paling hebat jika berjaya melakukannya. Dulu, mengejar cinta Mukhriz juga salah satu cita-cita yang dikendong dan akhirnya yang dikendong itu berciciran. Hilang entah kemana. Entah apa yang dikejar. Kosong.


Remaja susia Qalishah, sekiranya sudah berjaya menjejakkan kaki ke luar negara, pastinya menjadi satu kebanggaan pada diri malah keluarga. Namun, Qalishah masih merasakan bahawa bukan itu kejayaan yang diinginkan. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya Seperti ada lompong besar dalam hati gadis itu. Adakah kerna dia masih mengharapkan Mukhriz? Lelaki yang entah hilang kemana. Namun bagi Qalishah, dia hanya mampu doakan yang terbaik untuk lelaki tu. Benar, lelaki itu pernah mengisi  kekosongn dalam hidupnya. Dan apabila Mukhriz hilang tanpa meninggalkan jejak Qalishah mengisi kekosongan dengan belajar dan makan macam bela hantu raya.

Sehinggalah suatu ketika sewaktu Qalishah di Jerman...


"Allah S.W.T telah menyebut tentang tujuan penciptaan manusia di dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Baqarah ayat ke-30 yang berbunyi "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata;Mengapa Engkau hendak menjadikan mereka(khalifah) di bumi itu, orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?. Tuhan berfirman;Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'"Kita hidup ni bertujuan. Bukanlah seperti robot yang setiap harinya melakukan rutin yang sama dan akhirnya bila kehabisan punca kuasa, mati begitu sahaja.'

Qalishah sentap. Dia tengok muka kakak naqibah yang bercakap dengan mata terkebil-kebil. Robot?Robotkah aku? Sebab itukah aku rasa kosong? Apa yang aku dah buat selama ni? Air mata keinsafan tiba-tiba mengalir tanpa disedari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"update blog lagi?apa yang best sangat tu, boleh Muz tengok?", Mukhriz menyapa Qalishah dari pintu. Kopiah yang dipakai diletakkan atas meja.

Qalishah senyum. Laptopnya di tukarkan ke sleep mode. Niatnya untuk mengarang cerpen baru, terhenti. Dia amati wajah lelaki dihadapannya. Lelaki yang pernah dia puja .Lelaki yang pernah membuatkan dirinya terkapai-kapai dalam mainan perasaan sendiri tatkala dia ditinggalkan tanpa apa-apa berita dan sebab yang difikirkan munasabah suatu ketika dahulu.

Rupanya, terputusnya hubungan mereka adalah bersebab. Bukan Qalishah sahaja yang merasai sakitnya hati suatu ketika dulu. Mukhriz juga berusaha bermujahadah melawan perasaan. Kerna sayangkan wanita itu, Mukhriz memutuskan untuk berhenti berhubung dengan Qalishah. Dia taknak lagi mereka bergelumang dalam maksiat dan cinta yang tak diredhai Sang Pencipta. Kerna sayang juga, Mukhriz nak Qalishah mencapai kejayaan untuk diri sendiri, bukan untuk dirinya. Mukhriz nak Qalishah jadi dirinya yang sebenar, Mukhriz nak Qalishah jadi wanita solehah. Wanita yang mampu mendidik anak-anaknya kelak. 

Semua yang berlaku, adalah sebaik-baik susunan Allah kepada Qalishah. Sekiranya Mukhriz tidak memutuskan hubungan mereka dulu, pasti Qalishah tidak belajar mencapai kejayaan untuk diri sendiri. Pasti Qalishah takkan belajar bagaimana sakitnya cinta yang tak di redhaiNya. Pasti Qalishah menolak tarbiyah, cahaya yang mengheretnya keluar dari lubang yang gelap itu.

 Bila difikirkan balik, senang aje Qalishah menerima tarbiyah dari senior-seniornya. Kerna pada ketika itu, dia merasakan dirinya kosong. Entah apa yang dikejar. Berbeza dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Sungguh sukar nak berjinak dengan tarbiyah. Kerana mereka lebih seronok dibuai cinta palsu manusia bukan muhrim. Bagi Qalishah, dia sangat bersyukur kerna Mukhriz sudah lama meninggalkannya. Kalau tak, mungkin pada ketika tarbiyah datang memanggil, Qalishah masih lagi angau, memuja-muja Mukhriz.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216]



Bebeza benar rasanya cinta yang halal ini. Dibandingkan dengan cinta yang dihebah-hebahkan yang kononnya membahagiakan padahal ibarat memakan cokelat expired yang dibalut dengan pembalut emas. Indah dimata tapi pada hakikatnya bila ditelan boleh membawa penyakit. Dan itulah dia. Cinta yang sebenar-benarnya diidam oleh semua hamba yang taat akan Sang Pencipta.

Boleh diibaratkan dengan perasaan orang yang berbuka puasa berbanding dengan orang yang tak berpuasa. Orang yang berpuasa bermujahadah melawan nafsu makan dan minum. Dan sewaktu berbuka puasa, pasti mereka akan merasa kenikmatan setiap makanan yang ditelan. Lain pula bagi orang yang tak berpuasa. Bagi mereka, waktu berbuka puasa itu tiada bezanya dengan waktu-waktu makan yang lain.

"Dear, mengelamun sakan nampak. Mana belognyer? Nak juga kita baca!", Mukhriz mencebik bibir.
.
.
.
.
"Ooopss, hehe..sorry boss!", Qalishah kerang busuk~
*THE END*

p/s: Carilah cinta yang halal. Percayalah pada Qada' dan Qadar Allah. Sekiranya si dia sememangnya jodoh kita, tak kemana juge. Pasti Allah akan satukan kamu. Cuma satu, bermujahadah lah melawan nafsu. Sebab itulah sekecik-kecik jihad di alam semesta ini. Akhir kata. JOM berdoa untuk mendapat jodoh yang baik :)

Bismillahirrahmannirrohim.....



Ya Allah..Ya Tuhanku..

Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin







No comments: