jemput join :)

Saturday 24 November 2012

yang terubah dan yang diubah (part3)

Pada mulanya Qalishah menyangkakan bahawa SMS itu hanyalah sekadar minta maaf yang biasa-biasa sahaja. Jadi, Qalishah membalasnya seperti biasa. Memohon maaf kerna lambat membaca SMS yang diterima.

Dua hari selepas itu, tiada balas dari Mukhriz lagi. Qalishah tunggu lagi hampir seminggu. Tiada balas dari Mukhriz lagi. Qalishah mula tidak senang duduk. Apa yang dibuat serba tak kena. Bagi mengelak dirinya daripada terus menunggu sesuatu yang tidak pasti, Qalishah membuat keputusan untuk tinggalkan sahaja handphone dirumah sewaktu dia berada di asrama. Tapi sebelum dia betul-betul melakukannya, Qalishah menghantar SMS terakhirnya kepada Mukhriz.

"Assalamualaikum Muz. Isha tak tau apa yang buatkan hubungan kita renggang sampai macamni sekali,dan Isha tak faham maksud SMS Muz sebelum ni. Isha juga nak minta maaf sebab Isha tahu Isha dah banyak sakitkan hati Muz. Ni mungkin SMS terakhir dari Isha, tapi ketahuilah yang Isha akan sentiasa tunggu Muz. Janganlah anggap Isha ni tak pernah wujud dalam hidup Muz. Doakan semoga Isha pun berjaya macam Muz..", sent.

Air mata bergenang, tapi ditahannya juga. Dadanya sebak. Terasa pedih dalam hati. Terasa sesak untuk bernafas. Biarlah pedihnya hati, tapi prinsipnya yang takkan menangis disebabkan lelaki dipegang kuat. Qalishah mendongak ke langit. Bimbang air matanya akan mengalir. Dia nampak langit biru. Dia nampak awan. Kemudian dia tersedar bahawa itu semua ciptaan Allah.

"Ya Allah, pedihnya perasaan ini. Andai aku tahu cinta itu sesakit ini, pastinya aku tidak akan mencuba", keluh hati kecil Qalishah. 

Sekembalinya ke sekolah, Qalishah berubah serta merta. Dia yang terkenal dengan kebisingan dan kenakalannya di sekolah berubah menjadi muram. Qalishah jarang bercakap. Menjawab hanya apabila ditanya. Perubahannya yang ketara itu berlanjutan sehingga beberapa minggu. Rakan sekelas yang lain juga sedar akan perubahan diri Qalishah. Mereka saling bertanya satu-sama lain. Sakitkah dia? Apa masalahnya? Apa yang berlaku? 

Qalishah tak lalu makan. Dibiarkan perutnya berasa lapar sehingga dia tiada lagi tenaga untuk bergembira seperti dulu. Homework dibuat acuh tak acuh sahaja. Lagu-lagu cinta dalam MP3nya dijadikan teman seharian. Lagu yang sama diulang hampir berpuluh kali. Lagu itu tak lain tak bukan, lagu kegemaran Mukhriz. Kadang-kadang Qalishah akan tertidur sambil mendengar lagu itu.

"Isha, aku kesian la tengok kau. Come on la, aku tahu kau kuat. You are Qalishah. The one who won't give up in anything, everything. Tapi sekarang,kau bukan Qalishah lagi. Kau dah jadi orang lain. Dah sampai masanya untuk kau lupakan dia. Kita dah nak SPM right? Have you done your preparation? Revision? Banyak lagi benda kita kena buat instead of fikirkan benda yang dah lepas kan? Please, Isha. Aku pun sakit tengok kau macamni", sahabatnya yang dikenali sejak dia di tingkatan satu mula bersuara.

Disebabkan teguran itu, Qalishah mula sedar yang dia bukanlah lagi Qalishah yang dikenali dulu. Dia hanyalah seorang remaja perempuan yang pernah hangat bercinta dan akhirnya dikecewakan begitu sahaja. Dia hanyalah seorang remaja perempuan yang kelihatan bodoh kerana ditinggalkan. Dia bukan lagi Qalishah yang bersuara lantang menegakkan pendiriannya. Dia bukan lagi Qalishah yang taknak kalah dengan sesiapa pun. Dialah Qalishah yang kalah dengan mainan cinta manusia.

Sejak itu, dia berusaha untuk melupakan Mukhriz. Biarpun dirasakan cara itu agak 'membuta tuli' kerna dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku pada Mukhriz. Dia yang dulunya sangat menjaga pemakanan dan penampilan, kini tidak lagi. Qalishah akan cuba menyibukkan dirinya dengan study, dan makan. Setiap kali hatinya teringatkan Mukhriz, dia akan makan. Persetan dengan segala penampilan yang dijaga. Semuanya tak dihiraukan. Hidupnya pada ketika itu hanya makan untuk melupakan Mukhriz dan study demi SPM. 
Selama hampir lima bulan Qalishah mengulangi tabiat yang sama setiap hari. Sehinggakan berat badannya bertambah dengan cepat sekali. Dia yang dahulunya langsing dan punya penampilan yang menarik menjadi semakin montel. Tidak, gemuk. Perubahan pada dirinya itu sekali lagi menarik perhatian rakan-rakan yang lain. Selera makan Qalishah mengalahkan perut lelaki.

"Apasal dengan Qalishah tu? dua tiga menjak ni aku tengok macam bela hantu raya jek? Tak cukup makan ke dia kat rumah?? dah bulat macam tong ikan dah tu...", soalan yang sama diajukan oleh sahabat-sahabatnya.

Sebenarnya, Qalishah bukanlah makan kerana perutnya lapar. Tapi dia marahkan dirinya kerna selama ini dia mengikat perut semata-mata mahu menjaga penampilan di depan lelaki pujaannya. Sekarang, dia ibarat ingin membalas dendam akan kelaparan yang dialaminya suatu ketika dahulu. Qalishah akan makan demi melupakan kisah sedihnya. Biasanya orang akan tidak lalu makan sekiranya putus cinta. Tapi bagi Qalishah, orang yang gembira kerana putus cinta akan makan kerana senang hati. Dan tulah dia. 'orang yang gembira kerana putus cinta'.

Bohonglah kalau Qalishah sudah mampu melupakan Mukhriz. Setiap benda yang ada disekelilingnya dirasakan ada kaitan dengan Mukhriz. Bila Qalishah ditanya oleh cikgu, apa cita-citanya, Qalishah akan termangu seketika. Teringat akan perbualannya dengan Mukhriz.

"Isha nak jadi apa nanti?"
"Isha nak jadik engineer.. Till dapat IR!"
"wah, hebatnya. Jarang betul perempuan dapat IR. Baguslah. Tinggi betul cita-cita Isha"

Kemudian Qalishah tersedar dari lamunan, berusaha untuk kembali kedunia nyata. Mengingatkan perbualan itu, tekadnya untuk berlajar bersungguh-sungguh makin kuat. Dia taknak lagi terjerumus ke permainan cinta manusia yang tak ada penghujungnya. Dia nak buktikan bahawa tanpa Mukhriz pun, dia boleh berjaya. Bukan untuk Mukhriz, tapi untuk dirinya sendiri. Dia masih ada ibubapa yang mengharapkan kejayaannya.

Beberapa bulan kemudian, bukan, setahun kemudian...

Bersambung...

No comments: