jemput join :)

Wednesday 23 January 2013

heran sungguh


Ahlan wasahlan. Alhamdulillah, setelah berdekad lamanya tidak mengarang, dikarang dan terkarang, akhirnya terjatuh jua jari-jemari ke atas keyboard, ohoii. Alhamdulillah, alhamdulillah. Mengenang kan segala macam nikmat yang diterima hingga kini, SUBHANALLAH! tak terkira tahap infiniti banyaknya. Mahu saja diri ini menjerit sekuat hati memberitahu semua orang tentang nikmat-nikmat yang diterima, eh? takkan tak tahu? sadis.

Mahu tak mahu, kena juga cerita tentang sesuatu. 'heran sungguh'... truuuuuttt, truuutt,, pergh, heran sungguh. Truly. ayuh, mari kita bayangkan satu babak. Orait. babaknya begini, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang bernama boboi. Boboi ni sangatlah teramat rajin belajar. Cikgu-cikgu yang penah mengajar boboi ni, bila tengok boboi belajar, kalau boleh nk jadikkan boboi menantu. dah niat dalam hati, someday, if boboi jadik doktor kaa, engineer kaa, nak jekk boboi jadi menantu mereka. fuhh. panasss. macam pisang goreng.

ditakdirkan boboi ni pun membesar la dengan kacaknya. boboi pun tak kurang hebatnya. jadik engineer la jugak. hebat kan. tak sia-sia kerajinan si boboi ni. tapi, bukan stop kat situ je tahap kerajinan boboi ni, bila dah keja, jadik engineer, kerajinannya bertambah-tambah, membuak-buak. Selalu je boboi ni tak balik rumah. tido kat pelantar minyak. sibuk sangat. haiyyo. yelahh. kalau dya tak kerja sakan macam tu, siapa yang nak bayar keta bulan-bulan? rumah boboi yang besar gedabak tu sapa nak settlekan paymentnya.

satu benda yang 'heran sungguh' disini. saya memiliki berkepul-kepul soalan diminda ini. eheh. boleh tak anda-anda semua tolong jawabkan? bukan pada saya. tapi jawapannya sila simpan dalam hati. ada rezki kita jumpa, kita bincang. :)

1: Untuk apa boboi belajar dengan sangat rajin?
2:Kenapa dalam banyak-banyak pekerjaan, boboi pilih untuk jadi engineer?
3:Untuk apa boboi bekerja?
4:Kalaulah boboi bekerja untuk bayar kereta dan rumah, adakah sepatutnya boboi tak perlu beli kereta dan rumah, so boboi tak perlu bekerja untuk membayar mereka? Atau, kalau boboi perlukan sebijik kereta, untuk apakah kereta itu diperlukan?
5:Apakah sebenarnya tujuan boboi hidup? sekiranya untuk menjadi seorang engineer, bilamana dya dah berjaya jadik seorang engineer, adakah bermakna boboi sudah boleh mati? [sebab dah capat tujuan?]

**orait, orait, sila jawab soalan-soalan ini. wajib. ayuh perah otak.

bagi diriku ini yang takdelah manyak mane un pengalaman. umo baru 20. ciput mane ajek garam yang penah dirasa.. nak jugak meluahkan sedikit sebanyak pandangan kan. kenapa agak-agaknya manusia berlumba-lumba mencari pekerjaan yang bagus? For truly said, untuk GAJI BESAR. right? hey, hey, sila mengaku. okay. GAJI BESAR. well said. kalau dah gaji besar tu, agak-agak, nak ke pakai kancil ja? viva ka? [ptuuiihhh, viva tu untuk test jpj jaaa, ahaks..], ok,ok. Kalau gaji besar, nak ke duk rumah flat ja? takde graaannnn.

right. OK. rumah dah besar. kereta dah besar. boleh mkan sedap pulak tu. nak kerja pun selesa.  Hari-hari pegi kerja naik kereta besar. Kenapa kena pegi kerja hari-hari? Yelaahh, kalau tak kerja, siapa yang nak bayar duit kereta? ha'ah laaa. Pastu, kereta tu... untuk apa? Untuk pergi kerja laaaaa. Ohh. so, beli kereta untuk pergi kerja and kerja untuk bayar kereta? lepas tu??

Lepas tu, terjadilah sebuah KITARAN BODOH tanpa disedari.. ouch*  Cuba renungkan balik keturunan nenek moyang kita dulu kala. eh, bukan, cuba renungkan kehidupan sekeliling kita. Bukankah itu yang sedang berlaku? Kalau kita sekarang sedang mengangkat tangan, mendabik dada mahu cakap yang

 "duit tu jugak untuk bergembira, hidup kan hanya sekali.. KITA ENJOOYYY!!," praappp. penampar.

sebenarnya, kita tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ini. sesiapa tu ialah sesiapa dalam keturunan kita. sebab sebenarnya, inilah dakyah sekularism yang disebatikaan oleh barat terhadap umat Islam akhir zaman. Bila difikirkan balik, mereka sengaja membiasakan diri kita agar hidup ini sebenarnya untuk kerja and kerja itu untuk buatkan diri kita terus hidup. menghiasi bumi yang dah makin tua hanya tunggu 'kun faya kun' dari Allah jek.


Apa itu sekularism? Yeahh. a good question i'm waiting for. sekularism itu ialah memisahkan budaya dengan agama. Faham ke? Contohnya, soal Agama hanya dalam masjid sahaja. Luar dari masjid, maka kamu kena ikut cara barat. Sama tak dengan kehidupan kita sekarang? sama tak? Ok, macam ni. Kebanyakan orang, mendengar benda baik, buat benda baik dalam masjid jek. seolah-olah Islam wajib dalam masjid jek. tapi tiba aje waktu kerja, atau belajar, betul-betul kena fokus. sampai nila-nilai Islam tu dah tak wujud dalam diri. 

Kembali pada KITARAN BODOH. Kita ni lahir-lahir terus nampak mak ayah kita solat. Dari kecik pun mak ayah memang paksa kita solat. sebab apa? sebab mak ayah kita pun dari kecik dipaksa solat oleh nenek/atuk kita. EHH?? sampaila kita menemui ajal, kita tak pernah tahu pun KENAPA SEBENARNYA AKU SOLAT??

"sesungguhnya, manusia yang tak memberi apa-apa manfaat kepada manusia dan dunia, maka dia adalah sebenarnya LEBIHAN DUNIA semata-mata," prangggg. tamparan hebat.

So, disebabkan sekularism yang menjadi-jadi malah kes kitaran bdoh yang membuak-buak ni, adakah kita patut bunuh diri je? Kita kan taknak jadik bodoh. Taknak mati katak. kan? Tapi, sebelum tu, jom kita tengok ayat ni..

"Dan ingatlah, bahawa Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKU"
[Az-Zariyat:56]

"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman, "Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi...."
[Al-Baqarah:30]

Ehhhh?? ada tugas rupa-rupanya kita atas dunia ni? Ada TASK rupa-rupanya? kenapa sebelum ni tak tauuu puuunnnnn? Haaa..tulah, orang cerita tak mahu dengar. Ajak pegi usrah tak mahu. Kan dah tertipu dek stupid cycle. OHOIII. sadis. Heran sungguh...

**In sha Allah, untuk entry seterusnya kita bakal bincang bagaimana mahu melarikan diri keluar dari perangkap barat. kenapa barat nih semangat sangat nak perbodohkan kita ke dalam kitaran bodoh tersebut. ayuh! sama-sama kita berkerjasama. 

p/s:sila tinggalkan apa-apa komen. boleh bertanya dan memberi pandangan. saya terima dengan hati yang trbuka. maaf jika terkasar bahasa. Diri merancang, tapi Allah lah yang menggerakkan jari jemari ini :) Jazakumullahu khairan katheera!

1 comment:

Anonymous said...

pandai awak menulis. terkesan di hati saya. keep it up. teruskan berdakwah ye :)