jemput join :)

Monday 12 March 2012

Betul, pak cik tak rasa sakit!


Assalamualaikum w.b.t kepada semuaaa =) Semoga semua sihat dan sentiasa berada dibawah naungan yang Maha Kuasa. Saya sangat excited untuk menceritakan sebuah kisah ni. Sangat memberi pengajaran dan moral value. Cerita ni saya adaptasikan dari cerita sebenar. Diceritakan oleh Yang Berbahagia Datuk……  ketika beliau keudara dalam rancangan Halaqah TV9 (dekaaaat dihati).

Ada sorang pak cik ni beliau menghadapi  menghidap penyakit kencing manis yang agak kronik sehingga kaki kanan dan tangan kiri (kalau tak salah) terpaksa dipotong. Ya Allah, kalaulah kaki dan tanganku akan dipotong, nescaya seluruh semangatku akan jatuh, rebah menyembah bumi. Apa agak-agaknya akan jadi pada masa depanku kelak? Apa agaknya akan jadi pada rakan2 ku? Tak malukah mereka pada keadaanku? Sanggupkah mereka menunggu tika aku berjalan lambat mengatur langkah  agar tidak tersungkur? Sanggupkah mereka memapahku sekiranya aku tersungkur?
Banyak betul benda yang difikirkan kalau benar ianya terjadi pada diri ini. Tapi pak cik ni tenang aje. Tak fikir banyak. “Baiklah doctor, kalau itu yang terbaik”….. Sedih plak rasanya nak sambung crita ni. Sobb, sob… Kemudian pak cik ni menjalani pembedahan memotong tangan dan kakinya. Pelik si doctor tengok pak cik ni tak menjerit, menangis, apatah lagi mengaduh kesakitan. Cuma yang doctor ni tengok pak cik ni mulutnya terkumat kamit dari awal pembedahan lagi. Sehinggakan pembedahan tamat pun pak cik ni still tak perasaan. Sehinggalah doctor panggil nama pak cik tu barulah pak cik tu bukak mata dan pandang sekeliling.

“Pak cik, operation dah tamat. Pak cik tak sakit ke time operate tadi?” doctor Tanya pak cik. Then, jawapan yang sangat membuatkan saya terpegun dari pak cik ni.. “Pak cik tak rasa sakit pun..” Semua yang ada dalam bilik operation tu semua terkejut dan hairan. Bila disuruh pak cik ni menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi, then pak cik ni cakap:

“Tadi, bila nak operate, pak cik rasa nyawa pak cik dah tak lama. Hanya tinggal nyawa2 ikan. Pak cik fikir, apa aje amalan yang pak cik boleh bawa pergi jika ditakdirkan pak cik mati disaat pembedahan dijalankan. Pak cik pejam mata rapat2 dan pak cik rasa disebelah kanan pak cik ada syurga. Dalamnya sangat2 lah indah. Ada sungai2 yang mengalir dan ada banyak pokok2 rendang. Buahnya sangat lebat. Sehinggakan orang baring bawah pokok hanya perlu menghulurkan tangan untuk petik buah. Sangat sejuk dimata lihat keadaan dalam syurga. Rasa macam selangkah didalam syurga. Kemudian pak chik tengok sebelah kiri pak cik. Ada neraka. Api besar menjulang-julang tingginya. Seakan-akan nak jilat pak cik. Pak cik tengok manusia jadi bahan bakar dalam neraka. Pak cik tak sanggup nak tengok lagi. Depan pak cik tak lain tak bukan ialah Allah S.W.T (pak cik ni tak cakap yang dya nampak just dya tahu depan dya takde pertolongan lain melainkan Allah S.W.T). Pak cik doa banyak2. Sebab masa tu berada ditengah2 antara syurga dan neraka. Pak cik tak putus2 mintak dengan Allah, pak cik taknak masuk neraka. Melihat saje pun pak cik tak sanggup. Pak cik doa sangat2. Betul, pak cik tak rasa sakit. Dalam hati pak cik hanya ada satu matlamat, pak cik taknak masuk neraka”
   

 Subhanallah, subhanallah, subhanallah, Allahuakbar! Begitu khusyuk pak cik ni mohon ngan Allah S.W.T sehinggakan tangan dan kaki dipotong pun tak rasa sakit. Hebat tak kuasa Allah? Hebat tak penangan neraka dan syurga? Subhanallah, mulut ini tak terhenti rasanya menyebut puji-pujian pada yang Esa. Wahai sahabat2 sekalian, jom la kita buat anjakan paradigma dalam hidup kita. Kita ubah kiblat hidup kita. Hanya redha Allah yang kita perlukan dalam hidup ni. Hanya rahmat Allah yang kita perlukan untukmasuk syurga. Bukan segulung ijazah! Bukan segulung master atau PHD! Bukan juga duit! Jom? Ehh, jap, tak bermakna saya kata jangan blajar atau berjaya eh. Berjaya tu WAJIB sebab itu memudahkan kan keja dakwah kita :) Saya karang entry ini tak lain tak bukan untuk mengajak anda semua termasuk diri ini ke jalan yang betul.Agar kita tak perlu lihat pun betapa seksa berada di alam neraka itu. Kita terus masuk syurga, JOM?!

p/s:Asif sekiranya ada terlebih atau terkurang dalam penceritaan saya. Yang baik hanyalah daripada Allah S.W.T. Yang kurang itu memang dah terang lagi bersuluh salah saya. Tapi manusia, memang takkan lari dari membuat kesalahan. Jazakillahu khair ^___^

1 comment:

Shahrul said...

artikel ni boleh jadi pengajaran berharga buat mereka yang masih hidup.. untuk sentiasa muhasabah diri, sentiasa bertaubat, kerana kita sentiasa melakukan dosa. sesungguhnya kita tak tahu ajal kita, ajal manusia hanya Allah SWT yg mengetahuinya,