Assalamualaikum
w.b.t kepada semuaaa =) Semoga semua sihat dan sentiasa berada dibawah naungan
yang Maha Kuasa. Saya sangat excited untuk menceritakan sebuah kisah ni. Sangat
memberi pengajaran dan moral value. Cerita ni saya adaptasikan dari cerita
sebenar. Diceritakan oleh Yang Berbahagia Datuk…… ketika beliau keudara dalam rancangan Halaqah
TV9 (dekaaaat dihati).
Ada sorang
pak cik ni beliau menghadapi menghidap penyakit kencing manis yang agak
kronik sehingga kaki kanan dan tangan kiri (kalau tak salah) terpaksa dipotong.
Ya Allah, kalaulah kaki dan tanganku akan dipotong, nescaya seluruh semangatku
akan jatuh, rebah menyembah bumi. Apa agak-agaknya akan jadi pada masa depanku
kelak? Apa agaknya akan jadi pada rakan2 ku? Tak malukah mereka pada keadaanku?
Sanggupkah mereka menunggu tika aku berjalan lambat mengatur langkah agar tidak tersungkur? Sanggupkah mereka
memapahku sekiranya aku tersungkur?
Banyak
betul benda yang difikirkan kalau benar ianya terjadi pada diri ini. Tapi pak
cik ni tenang aje. Tak fikir banyak. “Baiklah doctor, kalau itu yang
terbaik”….. Sedih plak rasanya nak sambung crita ni. Sobb, sob… Kemudian pak
cik ni menjalani pembedahan memotong tangan dan kakinya. Pelik si doctor tengok
pak cik ni tak menjerit, menangis, apatah lagi mengaduh kesakitan. Cuma yang
doctor ni tengok pak cik ni mulutnya terkumat kamit dari awal pembedahan lagi.
Sehinggakan pembedahan tamat pun pak cik ni still tak perasaan. Sehinggalah
doctor panggil nama pak cik tu barulah pak cik tu bukak mata dan pandang
sekeliling.
“Pak cik,
operation dah tamat. Pak cik tak sakit ke time operate tadi?” doctor Tanya pak
cik. Then, jawapan yang sangat membuatkan saya terpegun dari pak cik ni.. “Pak
cik tak rasa sakit pun..” Semua yang ada dalam bilik operation tu semua
terkejut dan hairan. Bila disuruh pak cik ni menceritakan apa yang berlaku
sebentar tadi, then pak cik ni cakap:
“Tadi, bila
nak operate, pak cik rasa nyawa pak cik dah tak lama. Hanya tinggal nyawa2
ikan. Pak cik fikir, apa aje amalan yang pak cik boleh bawa pergi jika
ditakdirkan pak cik mati disaat pembedahan dijalankan. Pak cik pejam mata
rapat2 dan pak cik rasa disebelah kanan pak cik ada syurga. Dalamnya sangat2
lah indah. Ada sungai2 yang mengalir dan ada banyak pokok2 rendang. Buahnya
sangat lebat. Sehinggakan orang baring bawah pokok hanya perlu menghulurkan
tangan untuk petik buah. Sangat sejuk dimata lihat keadaan dalam syurga. Rasa
macam selangkah didalam syurga. Kemudian pak chik tengok sebelah kiri pak cik.
Ada neraka. Api besar menjulang-julang tingginya. Seakan-akan nak jilat pak
cik. Pak cik tengok manusia jadi bahan bakar dalam neraka. Pak cik tak sanggup
nak tengok lagi. Depan pak cik tak lain tak bukan ialah Allah S.W.T (pak cik ni
tak cakap yang dya nampak just dya tahu depan dya takde pertolongan lain
melainkan Allah S.W.T). Pak cik doa banyak2. Sebab masa tu berada ditengah2
antara syurga dan neraka. Pak cik tak putus2 mintak dengan Allah, pak cik
taknak masuk neraka. Melihat saje pun pak cik tak sanggup. Pak cik doa sangat2.
Betul, pak cik tak rasa sakit. Dalam hati pak cik hanya ada satu matlamat, pak
cik taknak masuk neraka”
Subhanallah,
subhanallah, subhanallah, Allahuakbar! Begitu khusyuk pak cik ni mohon ngan
Allah S.W.T sehinggakan tangan dan kaki dipotong pun tak rasa sakit. Hebat tak
kuasa Allah? Hebat tak penangan neraka dan syurga? Subhanallah, mulut ini tak
terhenti rasanya menyebut puji-pujian pada yang Esa. Wahai sahabat2 sekalian,
jom la kita buat anjakan paradigma dalam hidup kita. Kita ubah kiblat hidup
kita. Hanya redha Allah yang kita perlukan dalam hidup ni. Hanya rahmat Allah
yang kita perlukan untukmasuk syurga. Bukan segulung ijazah! Bukan segulung
master atau PHD! Bukan juga duit! Jom? Ehh, jap, tak bermakna saya kata jangan blajar atau berjaya eh. Berjaya tu WAJIB sebab itu memudahkan kan keja dakwah kita :) Saya karang entry ini tak lain tak bukan
untuk mengajak anda semua termasuk diri ini ke jalan yang betul.Agar kita tak
perlu lihat pun betapa seksa berada di alam neraka itu. Kita terus masuk
syurga, JOM?!
p/s:Asif
sekiranya ada terlebih atau terkurang dalam penceritaan saya. Yang baik
hanyalah daripada Allah S.W.T. Yang kurang itu memang dah terang lagi bersuluh
salah saya. Tapi manusia, memang takkan lari dari membuat kesalahan.
Jazakillahu khair ^___^
1 comment:
artikel ni boleh jadi pengajaran berharga buat mereka yang masih hidup.. untuk sentiasa muhasabah diri, sentiasa bertaubat, kerana kita sentiasa melakukan dosa. sesungguhnya kita tak tahu ajal kita, ajal manusia hanya Allah SWT yg mengetahuinya,
Post a Comment