jemput join :)

Saturday 10 March 2012

telaga hebat yang mungkin anda tak tahu!

Assalamualaikum w.b.t kepada u all yang sudi luangkan masa untuk etry saya yang tak seberapa namun InshaAllah dapat bagi korang sedikit sebanyak pengetahuan dan sama2 saya mengajak anda untuk mengingati dan mencintai Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W. 

Tahukah anda tentang TELAGA KAUSHAR? Pernah dengar ke? Actually Ekceli saya pun baru aje tahu yang sebenarnya ada telaga yang bernama KAUSHAR. Teruk tak? Tapi takpe, saya dah tahu, so, sekarang nak bagitahu semua orang supaya tahu. (agak pelik bunyi ayat ini).Sebenarnya saya dengar pasal telaga ni dari Halaqah TV9 (dekaaaat dihati) beberapa hari yang lalu. Sebenarnya pasal TELAGA KAUSHAR ni ada diceritakan dalam Al-Quran surah Al-Kausar (108:1-3). Berikut adalah biodata telaga ini.

 FULL NAME: Telaga Kaushar
ADDRESS: Terletak sebelum siratal Mustaqim, neraca dan hisab di Padang Masyar.
SIZE: Sangat luas sehingga sebulan perjalanan.
SPECIALITY: Terkandung air yang jauh lebih putih dari susu dan paling sedap dari segala jenis air.Mampu menghilangkan dahaga untuk selama-lamanya. Cawan2  yang ada untuk orang2 yang nak minum  air ni sangat banyak lebih banyak dari bintang2 dan planet2 yang ada di angkasa. Sesuai dengan maksud namanya iaitu ‘nikmat yang banyak’.

Golongan yang layak untuk minum di telaga ini:
1)      Orang yang tak penah putuskan hubungan dya dengan Allah (berserah diri dan kuat beribadah)
2)     Orang yang bersabar dijalan Allah.
3)     Orang yang mencintai Rasulullah lebih dari mencintai orang lain.

Sebelum meneruskan beberapa perkara, suka saya untuk mengeSHAREkan sabda Rasulullah:
“Tidak sempurna kecintaan seseorang itu tanpa kecintaan terhadapku”

Kalau korang rajin, bukak la terjemahan Quran surah yang dinyatakan. Lihat pada ayat ke-3, 
Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu(Muhammad) dialah yang terputus(dari rahmat Allah)”.

Kat sini nak cakap, orang2 yang menolak kecintaan terhadap Rasulullah, jangan harap untuk meneguk air dari telaga ini. Korang bayangkan,di padang masyar kelak, manusia sangatlah ramai sehingga sesak keadaannya. Semua orang kedahagaan. Dimana agak2nya sumber air yang ada time tu kalau bukan di Telaga Kaushar? Yang hebatnya, HANYA UMAT NABI MUHAMMAD SAHAJA yang boleh minum kat situ. Kalau kita ni jenis yang malas beribadah apatah lagi mengamalkan sunnah Nabi, malu tak kalau tiba2 nak mengaku sebagai umat baginda kelak? Malu betul kan?

Takde manusia yang sangat beruntung melainkan umat Nabi Muhammad. KENAPA? Sebab Telaga ini hanya disediakan untuk umat baginda sahaja. Bahkan umat sebelum zaman Rasulullah pernah berdoa

“Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk hidup dizaman Muhammad Rasulullah walaupun hanya sesaat”

Lihatlah, betapa orang pada zaman nabi sebelum Rasulullah sampai tahap tu boleh berdoa untuk jadi umat Rasulullah. Speshel tak kita? Speshel tak? Kadang2 kita selalu lupa akan perjuangan baginda Rasulullah, selalu terikut2 ngan budaya yang entah dari mana asal-usulnya. Kenapa tak jadikan Rasulullah sebagai idola? Kenapa tak jadikan baginda sebagai Roll Model? Kenapa tak amalkan sunnah Rasulullah dalam idup seharian? Kenapa? Kenapa? Tanyalah diri anda sendiri. Saya pun sedang menanya diri sendiri tapi sampai sekarang takde jawapan yang tepat.

 Mungkin saya rasa kolot? Mungkin saya rasa membebankan? Mungkin saya rasa tak sesuai dengan jiwa keremajaan saya? AHHHHH!! Persetan dengan semua alasan! Cehh.. macam dalam filem pulak. Tapi kenapa Allah S.W.T hadirkan seorang Rasul untuk kita kalau sunnah baginda tak sesuai sepanjang zaman? Kenapa Allah turunkan Al-Quran kepada Rasulullah kalau tak dapat nak ikut trend sepanjang zaman? Kenapa lagi! Saya sebenarnya mahu anda berfikir. p/s:takkan saya sorang aje nak fikir??? Jom kita sama2 fikir… tuuuutt…tuuuut… Ehh,, satu lagi, saya nak anda fikir dan hayati sabda Rasulullah ni dalam2:

“Barang siapa yang mengikut sunnahku, dia akan bersamaku di syurga”

Ok, sampai disini sahaja coretan Mujahidah ini. Semoga kita sama-sama berusaha untuk jadi umat terbaik Nabi Muhammad S.A.W. Semoga semua yang baca entry ni dapat minum di TELAGA KAUSHAR ni. Jazakillahu khair ^__^


1 comment:

Inspector Saahab said...

Subhanallah. perkongsian yg menarik. sy pun tak pernah tahu.

jazakillah atas jemputan dan sudi melawat laman saya yg tak seberapa itu.

teruskan usaha murni ini !