jemput join :)

Thursday 15 March 2012

Sweetnya Dia!


 Assalamualaikum w.b.t buat semua hamba2  yang sudi nak luangkan masa di blog yang takde la seberapa sangat ni.

"Hey! Sape hamba? I student la. Student yang bakal fly ke Jepun nih. Engineer wannabe lagi. I tak penah jadi hamba untuk sape2 . Kolot la you ni."

"Hey! Sape hamba? I ni bakal doctor la. Doktor pakar lagi. You sakit, you datang cari I tahu!"

"Hey, I bukan hamba la, I ni lawyer burok. I yang akan buat undang2 kat Negara ni and you akan ikut semua undang2  yang I buat!"

".. .. .. .. ……………..erkk… you, you… you kan hamba Allah S.W.T? I pun…hambaNya juge…"

Camtu la adik-adik ye u all. Ramai orang yang tak sedar diri tu hamba sebenarnya. Masing2 bongkak, sombong,.. sedangkan sifat sombong dan bongkak tu hanya layak ada pada Allah S.W.T sahaja!

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”
Al-Hasyr:23

Ehhh.. tak. I ngaku I ni hamba Allah. Betul. Ok, sejauh mana kita mengaku yang kita ni hambaNya? Setakat omong kosong, sapa pun boleh cakap.(terkasar pulak, jatuh saham..), tahukah anda KONSEP HAMBA tu sendiri? H-A-M-B-A. faham ke? Kalau zaman dulu hamba ni cammana ye? Bukan ke hamba ni KULI? Yang kena buat aaaapa je tuan dya suruh? Hamba ni sehina-hina darjat kan? Hamba ni kalau tuan makan atas kerusi , hamba makan atas lantai. Pastu, hamba ni tak layak pun nak mintak apa-apa ngan tuan dya. TAK LAYAK. Agak kejam ayat disitu..
 Tapi benarlah, kita ni hanya hamba. Hamba pada yang Esa. Setinggi mana pangkat kita atas muka bumi ni, kita tetap seorang hamba dimata Allah S.W.T. Raja kah kita, PM kah kita, Miss Universe skalipun kita, nama tu semua takkan dapat buang pangkat kita as hamba pada pandangan Allah S.W.T
surat cinta Si Dia pada kita =)
Tapi sweet tak Allah bila Dia cakap kita mintak apa je Dia akan makbulkan? Sweet tak Allah bila Dia janjikan syurga dan tempat disisiNya? Sweet tak Allah bila Dia utuskan seorang Rasul untuk bimbing kita? Sweet tak Allah bila Dia bagi surat cinta pada kita semua? Brapa kali sehari kita belek surat cinta Allah? Bila agaknya kali terakhir kita angkat tangan mengadu pada Allah? Brapa kali sehari kita berterima kasih pada Allah?

Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan”
Al-Aaraf:69

Sungguh, andai semua pokok ditebang, dijadikan kertas, seluruh air laut dijadikan dakwat, still tak mampu nak tulis semuaaa nikmat2 yang Allah dah berikan pada kita;HAMBANYA. Kita ni, tak lain tak bukan hamba paling beruntung. Mane ada tuan yang memanjakan hamba-hambanya dengan pelbagai nikmat? Hanya Allah S.W.T yang berkuasa buat semua tu. Tapi, apa kita dah bagi pada Allah? Kita selalu Tanya Allah “kenapa tak bagi aku itu, kenapa tak bagi aku ini”, tapi kita tak penah Tanya diri kita “apa aku dah bagi pada Allah hari ini?” Kita merungut keletihan bila Allah suruh solat 5waktu. Sedangkan setiap kali solat tak sampai 5minit pun.

“Maka bertakwalah kepadaKu hai hamba-hambaKu”
Az-Zumar:16


Dan kalau hamba yang sebenar, mereka hanya buat apa yang tuan dia suruh tanpa minta balasan pun.Namapun hamba kan? Tapi Allah manjakan kita dengan balasan pahala dan syurga untuk kita yang buat semua Dia suruh. Sweet tak Allah? Sweeeeeeet sangaaaat. Sampai sini saja Mujahidah menulis. Semoga anda semua dipermudahkan segalanya. Semoga semua orang Berjaya menjadi hambaNya yang taat. Jom kita jadi hamba! Jazakillahu khair ^__^


5 comments:

Inspector Saahab said...

Subhanallah !
jazakillah atas perkongsian ! :)
terus menulis :)

nikmujahidah said...

Salam. Jazakallah. Masih baru. minta ditunjuk ajar :)

Maztura Hanim said...

nice entry . suke sgt . done follow u . follow me here , kalau nk follow la .http://pedambacintailahi.blogspot.com/

nikmujahidah said...

Maztura: saya dah follow awak punya ^^ jazakillah ye.

Anonymous said...

swweEEEEEEEtttt!!!!!!!!!! bestkan kalo dpt jd kekasihNya... mesti indah kan.... adakah aku layak untuk menjadi kekasihNya...