jemput join :)

Sunday 4 March 2012

tazkirah sulung

Salam semua. Terima kaseh tak terhingga-hingga kepada yang membaca. Tika saya mengepost/mengentry entry ini, rasa sangat lapang didada dan sangat ingin berkongsi dengan anda. (bunyi macam ramai yang baca), it's ok. takpela walaupun perasan sorang-sorang2.

Nak dijadikan cerita, semalam saya diberi kepercayaan oleh naqibah saya untuk menyampaikan tazkirah time mengikuti daurah di Sg. Merak, Selangor. Sangat terkejut sebab yang menghadiri daurah tu pun bukanlah orang yang tak pernah pegi daurah. Kakak-kakak yang hebat pun ada sama. Macam tiba-tiba fikir "ehhh,, aku ngah blajar lagi ni". Tapi saya think positif. Mungkin sebab memang saya ni jenis yang bersuara lantang dan tegas, so akak naqibah mintak saya yang sampaikan. Truly, that was my FIRST TAZKIRAH. Rasa happy, terkezut, neves, dan macam2. Tapi tak rasa takut la. (cehh..bajet gila sangat mangkuk ni). Kata nak jadi Politician.. memang kena berani la. Oppss, dah terkantoi. InshaAllah, nak jadi pemimpin suatu hari nanti :)

Ok, selalu kuar topik. Mase tu kak naqibah bagi buku sirah para sahabat and cakap kat saya

"nik baca 10minit pastu kita start, ok?"

And, I really did it. Saya bagi tazkirah pasal Mus'ab. story line dya sangat best. Saya dapat menjiwai cerita tu dengan baik mengalahkan cerita '1 Litre of Tears' .Semua mendengar sangat tekun. Hampir nak menangis bila bercerita saat-saat terakhir Mus'ab yang mati syahid. .Alhamdulillah, penyampaian yang baik tu semuanya daripada Allah S.W.T.Dan diakhir daurah, saya mendapat feedback yang baik daripada semua orang tentang tazkirah yang disampaikan. 

Bukanlah bangga yang saya rasa, tapi sangat lapang didada kerana seperti menyampaikan amanat Allah kepada semua orang. Ibarat seperti pergi berperang. Rasa sangat lapang didada dan perasaan nak jadi pemimpin tu rasa lagi-lagi kuat. Saya berulangkali kata pada diri sendiri. "tak salah aku memilih jalan ini, memang tak salah lagi!"  Ya Allah, nak sangat bagi korang rasa perasaan ni.

Carilah orang yang dapat pimpin korang ke jalan TARBIYYAH ni. saya pun start dari 0. Kalau tanya saya yang dulu, tanyalah apa tentang tarbiyyah memang saya tak tahu.Tapi bagi yang menginginkan dan mencari, Allah pasti akan bantu kamu. Tak bererti korang kena bagi tazkirah jugak, I mean find the other way untuk korang menyampaikan kepada orang lain. Setakat ini saja perkongsian mujahidah ini.  Selamat beramal dan semoga menjadi semakin baik dari hari kehari ^___^

No comments: