jemput join :)

Friday 30 March 2012

Yes! Memang anda!


  Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang sudi melawat ke laman saya ini. Semoga semuanya  berada di bawah naungan yang Maha Pengasih lagi Maha Kuasa di atas sana. Akhirnya Allah memberi pinjam kepada saya sedikit masa untuk mengupdate entry kali ni. Sangat khas untuk sahabat2 yang kenal atau tak kenal saya.. dan kepada yang sedang berjinak-jinak dengan TARBIYYAH! Welcome to a very true way of Islam! [sambil tangan bertepuk-tepuk].mungkin sekarang syaitan yang berada ditepi anda menggelupur kemarahan dengan hidung yang berdengus2 kerana menahan sakit hati bila tengok and baca entry ini. Mungkin ada yang cuba menarik2 bulu tengkuk anda dan mengusap2 dikelopak mata anda agak terasa mengantuk dan hilang minat akan entry saya. InsyaAllah, cuba untuk memendekkan, tapi susah sangat. Layan ajelah..

Tatkala jari sedang menari-nari atas keyboard ni, hanya Allah yang menjadi saksi terhadap mutu keikhlasan yang cuba saya curahkan. Kepala pula makin ligat berfikir “bagaimana harus aku mulakan?” Hati plak terbayang2 wajah kawan2 sepermainan dulu. Kawan2 yang turut sama gaduh, kata-mengata, umpat-mengumpat, bergelak ketawa bagai nak rak seolah-olah tidak ada tugas pun bagi kami sebagai seorang muslimah, bersuka-ria ponteng surau ibarat kiamat tu tak wujud pun. Menangis kerana masalah yang kecil ibarat tidak ada masalah yang lagi besar yang dihadapi oleh umat Islam sedunia. Study tak tido malam ibarat dilahirkan di dunia ni hanya untuk SPM semata-mata. Teruk kan.

“Ya Allah engkau ampunilah dosa-dosa kami kerna sesungguhnya kami tidak mengetahui”

Wahai teman, sangat tersentuh hati ini bila seorang demi seorang dari kamu dah jumpa pun cahaya yang akan membawa kamu keluar dari kehidupan yang entah apa-apa. Lepas satu-satu berita gembira yang kamu bawakan bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada seluruh Muslim yang turut sama meraikan kamu dijalan tarbiyyah ini .Hati ini seperti ingin menjerit dan memberitahu Allah akan hal ini. Sedangkan Allah nyata Maha Mengetahui.  Namun, jarak memisahkan kita menyebabkan ada diantara korang yang agak ragu2 untuk teruskan langkah menuju jalan keluar sedangkan cahaya dah pun kelihatan. Kenapa? Mngkin kalian agak tak yakin dengan diri sendiri.

Sangat seronok lepas trima mesej in fb, skype mengatakan korang nak berubah ke arah yang lebih baik. Kebanyakan kamu mintak pandangan dan nasihat dari saya. Saya bukanlah seorang yang arif tentang ini..al maklumlah, saya pun ahli ‘baru’.. hihihi.. ingatkah kamu saat2 dimana saya bermula? Boleh refer sini. Saya pun bukannya baik sangat dulu kan. Mulut macam longkang [dush! Terasa ke?], kalo gaduh ni tak lain tak bukan jadik kepala. Umm.. tapi itu zaman sekolah. Kemudian Allah dah pilih saya untuk berada di jalan tarbiyyah ini. Sangat cantik susunan Allah untuk saya.

Boleh tak korang firstly fikir, kenapa diri ini boleh terlintas hati untuk berubah? Think of it. Sebab apa dan kenapa? Bagi saya, ALLAH TELAH MEMILIH SAYA. Then, korang pun firstly kena fikir macam tu. HEY! Dalam banyak3 makhluk Allah atas muka bumi ni, dalam banyak2 manusia yang hidup menumpang atas muka bumi ni. ALLAH PILIH KAMU!! Kenapa bukan orang lain? Kenapa? Kenapa? Sebab Allah dah cakap:

“Bukanlah kewajibanmu [Muhammad] menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki”
Al-Baqarah:272

Tahukah kamu, satu ayat yang saya dengar sehingga menitis air mata, betapa menusuknya ayat itu sehingga ke dalam hati saya. Sangat syahdu. Dan ayat itulah yang membuatkan saya berdiri sebagai seorang muslimah yang benar2 tahu akan tujuan hidup. Ketika saya menghadiri satu daurah, seorang penyampai ini berkata

“Anda yang berada didepan saya ini ialah antara yang Allah pilih untuk berada disini.”

Mengalir air mata tatkala mendengarnya. Saya tengok orang lain muka biasa-biasa je. Kenapa? Sebab ayat tu biasa2 je. Biasa didengar kat mana2 ceramah. Tapi kenapa saya menangis? Sebab Allah jentik hati saya untuk mendalami maksud ayat itu. Allah bagi saya rasa betapa penting diri ini dimata Allah S.W.T dalam perjuangan ni. Then,I  keep asking and answering..
“kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab aku kan kuat”
“Kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab aku dah bersedia”
“kenapa Allah pilih aku?” = “Ohh, sebab Allah sayang aku”
“kenapa Allah pilih aku?” = “sebab akulah yang Allah ceritakan dalam Quran..”

“(Iblis) menjawab ‘demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka’ ”

See, memang betul ALLAH YANG MEMILIH KITA untuk berada dijalan ini. Jangan pernah melepaskan hidayah Allah sebab mungkin hidayah itu akan datang SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP anda. Ada orang. Bila Allah dah jentik hati dya untuk kenal Sang Pencipta lebih dekat, boleh plak dya tangguh2. Sampaikan, hidayah itu semakin lama semakin kabur dan hilang dek keseronokan dunia. Sebab tu kita kena GRAB peluang tu cepat2. Takut kalau-kalau ia hilang dan untuk mendapat yang lain, belum tentu akan dapat. Atau Allah tarik nyawa kita sebelum kita dapat merasa hidayah buat kali kedua. Think of it deeply.

Wahai sahabat, sebelum kamu menjejakkan kaki kejalan TARBIYYAH ini, [atau kamu dah jejak pun Cuma tak try lari2 je], benda yang memang kamu kena expect is MALU. Satu ayat lagi yang saya pegang dari kata-kata seorang presiden Rakan Masjid UTP is, ‘BERUBAH MEMANG MALU’. Pegang ayat itu. Sebab apa? Sebab memang dengan ‘malu’ la benda yang paling susah bila kita nak berubah. Malu nak pakai tudung labuh tiba2 sebab nampak ‘waraq’. Malu untuk pakai baju labuh sebab tak penah seumur hidup pun pakai baju labuh. MALU SEBAB TAKUT ORANG PERASAAN PERUBAHAN KITA. Hey, MEMANG TU PUN KITA NAK!! Kita nak orang tahu yang kita adalah antara MANUSIA YANG TERPILIH. Kita nak berdiri dengan megah dengan pakaian yang menutup aurat sambil hati menyanyi-nyanyi berkata

“sesungguhnya Allah bukan sahaja memilih aku, tapi Allah menghantar malaikat2 untuk mengelilingi aku dan menjaga aku disetiap langkah perjalananku”
 Hey, saya merasai perasaan itu. Obviously bila naik ktm atau lrt. Dalam sepenuh2 manusia didalamnya, hanya aku yang betul2 menutup aurat. Dalam seramai-ramai manusia didalamnya, hanya aku yang tahu apa yang sebenar-benarnya Allah suruh buat. Dalam kesesakan manusia didalam ktm tu, hati ini bertanya

“tahukah mereka akan tujuan hidup yang sebenar2 nya? Ya Allah, bilakah pula giliran mereka untuk mendapat petunjuk seerti mana yang engkau berikan pada aku”

Besar sunguh nikmat yang kita dapat. Nikmat HIDAYAH itu. Kan? Apa lagi yang kena fikir kalau nak berubah? Istiqamah. True. Nak istiqamah tu, bukan benda yang senang. Bercakap memang senang.

“mulai hari ini, aku nak baca al mathurat pagi dan petang, baca Quran dua muka surat setiap hari, tahajjud setiap malam, nak berzikir at least 100 kali lepas solat”

Kalau hanya sekadar berkata-kata, benda tu hanya akan jadi omong kosong. Kalau nak bercakap, sapa-sapa pun boleh cakap. Malah cakap nak hafal 30juzuk al Quran dalam masa 3bulan pun senang. Sedangkan bila dah start hafal tu, satu juzuk dalam masa setahun pun belum tentu dapat buat. Bercakap memang senang. Nak buat dan istiqamah tu sangat2 la susah. Sebab? Sebab kita ada ‘pendamping yang setia’ yakni syaitan. Melawan syaitan itu adalah jihad terbesar manusia. Sebab? [lagi], sebab ianya musuh yang tak dapat dibunuh dan tak dapat kita halau dan tak dapat kita nampak. Malah, musuh inilah satu2 nya makhluk yang takkan berputus asa sampai kiamat pun. Ia juga satu-satu nya musuh yang menjatuhkan kita hanya dengan menggunakan suara

“Dan perdayakanlahah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan suaramu [yang memukau], dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”
Al-Isra’:64

Hanya orang yang lemah aje tertipu oleh syaitan ini. Even saya sendiri pun masih bermujahadah untuk beristiqamah dari segi semua benda. Eshpesheli nak ubah percakapan. Mulut ni kalau nak tahu, anggota badan paling degil. Sebab tulah Allah mengecualikan mulut dalam sesi soal-jawab denganNya kelak. Kalau yang perangai gila-gila tu lagi lahh..  [bagi yang mengenali saya dizaman sekolah agak2 amatlah memahami].. Bila orang tengok perangai kita, benda first they all judge is cara pemakaian kita. Seriesly, memang susah. Tapi. Ingatlah yang setiap usaha yang kita buat untuk cuba bermujahadah, Allah akan bagi ganjaran yang sangat hebat. Dan Allah takkan bagi kesedihan kepada kita seperti janjiNya didalam Al Quran

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.”
Al-Ahqaf:46

Risau nak berubah sebab takut akan jadi bahan bualan dan bahan gelak ketawa orang ramai. Betul kan. Benda tulah yang selalu kita risau kalau nak membuat suatu kelainan pada diri. In case nak pakai tudung warna apa ngan baju warna apa pun fikir nak dekat sejam samada sesuai ke tak, kalau tak, takut mulut orang mengata pulak. Tapi tak penah sampai sejam pulak berfikir samada pakaian tu sesuai ke tak dimata Allah s.w.t. Saya pernah diketawakan sebab mengenakan tudung labuh dan T shirt muslimah. Ada yang takut sampai mata melihat terbeliak [hampir saja nak keluar dari kelopak mata] seolah melihat orang yang baru memeluk Islam. [=.=’]  Ada jugak yang takut nak tegur hanya sebab sedikit kelainan pada pakaian saya. Tapi pesan Allah pada saya[juga untuk kamu]:

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya)”
Qaf:50

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) , jika kamu orang yang beriman”
Ali Imran:139

Though ada mulut yang bercakap tentang saya, atau apa sekalipun pandangan ‘mereka’ pada saya, saya hanya pegang bahawa darjat saya lagi2 tinggi tahap infiniti berbanding mereka. Kamu bayangkan kalau darjat paling tinngi dimata Allah. Saya ulang PALING TINGGI.. sekali lagi, THE MOST HIGHEST… faham ke? Best kan. Best sangat2. Lagi best daripada mendapat semangkuk tutti frutti size paling besar dengan yogurt guava didalamnya [kecur air liur]..hahaha.. maaf ye.. sudah lama mengidam tapi takda sapa lagi sanggup nak belanja. T____T

 Umm.. apa lagi nak share yeah? Ok, ok, furthermore, kalau nak berubah, cek diri dulu. Kalau korang betul2 kuat, korang bleh terus pakai jubah bersama purdah bwarna hitam[over].. bagi yang nak berjinak-jinak tu.. try la blajar tutup aurat dulu. Umm,,cammana nak tutup aurat eh? Pakai shawl boleh? Of course.. mestila boleh. Apa2 sahaja dengan syarat tidak nipis, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak ketat, tidak berbonggol seperti alien diatas kepala, menutup dada dan yang penting tapi orang tak perasaan are kaki and tangan[sebelum masuk telapak tangan]. Sebab tu ada orang reka stoking kaki dan sarung tangan. Bukan untuk sangkut kat dinding rumah time krismas aje. Tapi untuk memudahkan kita menutup aurat. Bayangkan kalau orang tak cipta tudung? Agak2 kita guna selimut ke? Atau.. langsir? Tudung saji?

 Bagi yang memilih untuk berubah, Allah sentiasa membuka pintu2 langitNya untuk menerima taubat hambaNya. Dan satu fakta yang MEMANG korang kena tahu is Allah lagi2 la happy kalau kita bertaubat.Rasulullah S.A.W bersabda

“Sungguh, Allah membentangkan tangan-Nya setiap malam agar ada orang yang membuat kejelekan pada siang hari mahu bertaubat, dan Allah membentangkan tanganNya pada waktu siang agar ada orang yang membuat kejelekan pada malam hari mahu bertaubat”
Hadis Riwayat Muslim dan Imam Ahmad.

“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan dipadang pasir , lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya. Ia menyangkan ia akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur didalamnya sambil berkata ‘Aku akan tidur dalam lubang ini sehingga kematian datang menjemput’. Tiba2 kenderaan dan makannya berada di atasnya- Apakah kebahagian yang lebih besar dari kebahagian orang yang akan mati lalu selamat?-Sampa2 ia berkata ‘Ya Allah kau hambaku dan aku TuhanMu (ia salah berkata-kata kerana terlampau gembira). Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hambaNya tadi”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

So, anything lagi nak tahu bagi meyakinkan diri anda untuk berubah?Hehehe, ada orang takut nak berubah sebab dya sorang2 aje. Takde orang nak guide. Hey, try la slow2. Lagipun Allah kan ada. Dia akan bantu kalau korang betul2 nak. Series. Takkan saya nak tipu??? Sedang mengupdate blog ni, sbenarnya bru aje selesai main netball. Agak letih, tapi paksakan diri jugak. And nak share satu benda lagi, tadi saya main dengan sorang akak yang ‘bekas tomboy’, guess what, dya pakai tudung labuh. Baru aje. Start 17March yang lepas katanya. Dia ada jugak ar cerita orang tengok dya terkejut macam tengok alien dengan selimut besar. Hahaha. Tulah, kalau saya boleh kuat, akak ni boleh kuat, kenapa bukan anda??? Hihihi, dun forget to pray and please, do ask Allah to guide you in every path u take. Penting tu. Sebab doa ialah senjata terkuat orang2 mukmin. Okay?

Akhir perenggan, asif kalau ada terkurang ada terlebih, seperti biasa, yang baik hanyalah dari Allah S.W.T. yang tak baik itu, memang dari saya. Tahniah kepada yang memasang niat untuk berubah. Good luck juga saya katakan. Jangan malu untuk bertanya dan berkongsi dengan saya. InsyaAllah, weekend saya free [bajet konsultan pulak],hahaha, Kay ah. Letih sangat menghadap laptop dengan baju yang masih melekat peluh ni. Semoga anda Berjaya dan dirahmati Allah sentiasa. Akhir kata. "SAYA KAGUM DENGAN ANDA!"

9 comments:

Anonymous said...

what a best entry it is.. =) thanks friend =)

'AmMaR_YaSiR said...

aiwah2 Ya ukhti.. Moga allah sentiase melimpahkan rahmatNya ke atas di atas sgla dkwah2 mu.. MOga Allah sentiase melndungi dan mmberi kkuatan kpda utk mnghrungi dunia yg pnuh pancaroba ini.. Insyallah..amin2 Ya rabb.. ^_^

Anonymous said...

subhanallah...chip,
terkedu...xtaw nk oyap gapo..
alhamdulillah..alhamdulillah..
sama2 la kito terus kuat melalui
jalan2 nie !!!
good job ! keep it up.

-sah-

Inspector Saahab said...

HAMDOLILLAH
JAZAKILLAHUKHAIRAN KATHEERA ATAS PERKONGSIAN. KITA SERUPA. MASIH BAHARU DALAM DUNIA TARBIYAH DAN DAKWAH INI. SEMOGA TERUS SATTIK :)

nikmujahidah said...

T.kasih smua yg tinggalkan komen. Semoga setiap patah perkataan ini diredhai Allah s.w.t. InshaAllah, sampaikan walau sepatah ayat :)

Life's a Journey said...

syabas kecik,,sememangnya aku kagum n malu ngn mu,,keep it up kecik "ALLAH akan sentiasa brsama org yang berjuang di jalanNya"

Life's a Journey said...

syabas kecik,,sesungguhnya aku bngga n malu ngn mu,,keep it up cik "ALLAH membantu"

Anonymous said...

Assalamualaikum kechik..
just one word ..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. :)

nikmujahidah said...

wslm. semua yang tinggalkan komen yg membina, jazakumullahu khair. :)kita sama2 kuat berada dijalan ni. InsyaAllah, istiqamah hendaknya. :)