jemput join :)

Friday 5 October 2012

it's not the end of the world yet


Sedang meneguk old town white coffee di campur bersama Tesco choco malt. Malam ini bakal tidur bersama handout2 lecture yang penuh dengan tulisan asing yang sukar difahami lagi. Bahasa Jepun. Ya, bahasa Jepun, asing lagi complicated.

Selesai saja usrah, hati yang dibelenggu sejak tengah hari tadi sedikit terubat, OH TIDAK , memang benar2 terubat dek ayat-ayat cinta dan pujukan Allah. Hati ini bagai sudah give up dengan bidang yang diceburi. Engineering, OH TIDAK. Bukan kerna ianya engineering tapi sebab terkandungnya fizik yang penuh dengan formula2 dan pelbagai theory yang kadang2 difikirkan tak masuk akal pun.

FIZIK, subjek yang sangat dibenci sejak di bangku skolah lagi. Tapi, apa lagi yang mampu dibuat. Berpatah balik bukanlah satu idea yang bagus. Siapa mahu bayar wang amanah rakyat yang dah berpuluh ribu mengisi perut ini sehingga kenyang? Masih teringat tiga hari sebelum exam SPM, teacher Physics buat kelas tambahan, bincang soklan yang mungkin akan masuk exam. Tengok soklan spot/sport/support??, kepala pening, tanpa disedari air mata pun meleleh keluar. Paling sedih kalau belajar tak faham, Paling tak suka ditinggalkan dibelakang terhegeh hegeh merangkak nak mengejar orang lain yang dah jauh di hadapan. Kemudian diri ini ambik jalan mudah and ponteng kelas tambahan. EH, DAH NAK EXAM KOT?? Apa yang nak kesah sangat. Kalau tak suka, tak suka la. *mengeluh sekejap.

Senang cerita, saya baru aje selesai exam paper physics yang diberi masa 2jam 30minit dengan 22 soalan panjang, beserta anak-anak and cucu-cucu soalan yang begitu banyak. DASYAT. Berpeluh-peluh jawab. Masalah untuk memahamkan soalan sebab ianya dalam bahasa Jepun dan masalah untuk memahamkan theory yang sememangnya difikirkan tak masuk akal. Ohhh, apa patut dibuat. tergamam sebab tak sampai separuh pun soalan yang mampu dijawab dengan sempurna. Reseat paper? Pasti.

Tapi apa yang patut dibuat sekarang ya? Pasti ramai rakan2 diluar sana yang juga sedang menimba ilmu yang mungkin korang taknak timba pun. [???].. Ok, begini. Contohnya, korang sangat nak jadik seorang doctor, then unexpectedly, korang terambik akauntan or korang tak skor dalam subjek biology or what so ever.  Like me. I dun even wanna learn physics anymore. Then terambik engineering pulak. Got twinning program dengan Jepun yang terkenal dengan sifat kipas kudung and rajin tahap dewa dewi, dengan hidup sepenuh masa bekerja, jadual yang sangat ketat, dan itulah dia. Kehidupan yang sedang saya alami sekarang.

Kepada siapakah sedang saya salahkan sekarang? Tidak. Bukan untuk menyalahkan sesiapa. Tapi sekadar mengajak siapa-siapa yang sudi untuk merasai dan memahami perasaan ini. [ewaahh].
Cuba fahami perasaan ini. Dipaksa atau terpaksa buat benda yang korang tak suka. Macam benci fizik, tapi benda tu major dalam bidang you all. OMG, sangat terseksa. Mungkinkah ianya satu alasan untuk tidak belajar dan gagal dalam exam? YA. TEPAT DUA KALI. Bagi saya, itulah satu satunya alasan yang sangat make sense. HIHIHIHIHI.

Bila fikir balik untuk masa depan, banyak lagi benda dalam fizik yang nak kena explore. Yang basic macam ni pun dah rasa macam nak give up. Berapa baldi lagi air mata yang nak keluar untuk masa depan nanti?  Dalam hati keep questioning,, “kenapa engineering?kenapa FIZIK?? Kenapa JEPUN!!!!! Kenapa bukan BIOLOGY????? Kenapa bukan Russia? Kenapa bukan  Egypt?  Kenapa bukan Ireland? ”………………..

over la.. dah dapat Jepun pun taknak bersyukur lagi. Ramai kot makhluk kat luar sana yang nak ke Jepun tapi tak dapat. Hang nak apa lagi?

Kalau hari hari ditusuk dengan pelbagai soalan yang tak membina macam ni, sampai bila bila pun kita akan jadik orang yang suka memberi alasan. Padahal banyak je benda yang kita tak suka tapi setiap hari kita buat. Contoh bangun pagi, sape jek yang suka bangun pagi? Semua orang kalau boleh nak tido jek sepanjang masa. Kan? Tapi bila dah boleh biasakan diri tu benda tu dah jadik a part of a ‘must do’ thing dalam hidup kita kan. Like now, tambah tambah lagi a scholarship’s holder, memang kena sangat bersyukur sebab diberi peluang menjejakkan kaki ke luar, dapatlah lihat bagaimana Islam di luar. Adakah kelabu macam di Malaysia atau boleh nampak hitam putihnya?

Tak semua benda yang kita suka kita akan dapat. Impossible. Mungkin ianya tak baik untuk kita. Allah jek yang tau apa yang elok dan tak elok untuk kita. Macam yang Dia bagitau kita:

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
 Surah. Al Baqarah:216.

So, MUJAHIDAH, yakinkah anda dengan ketentuan dan pilihan Allah? Walaupun dah banyak alasan diberi, tapi tanpa kita sedar, kita dah jadik makin kuat, as long as kita dah pun melaluinya. So sekarang, endure just a bit more. Allah won’t give you something worthless. Mesti ada sebab kenapa Allah nak MUJAHIDAH belajar fizik. Pasti.




Anyone out there yang ada the same problem as mine, don’t worry. It is not the end of the world yet lah. Teruskan dengan apa yang dah dimulakan. Jangan berputus asa sebelum sempat mencuba pun.
Don’t give up, just stand up, Allah is by your side. Jazakumullahu khairan katheera for those yang sudi baca. Sama sama amik iktibar. 

No comments: