jemput join :)

Thursday 22 November 2012

yang terubah dan yang diubah (part1)


Qalishah tersenyum simpul sorang diri. SMS yang diterima sebentar tadi dibaca beberapa kali. Senyum lagi. Baca lagi, senyum. Baca, senyum. Angau gamaknya. Mukanya yang sawo matang itu jelas kelihatan kemerah merahan. Handphone yang dari tadi dipegang kemas, tak hilang dari pandangan walau sesaat, diletakkan di kepala katil. Dia berlari-lari anak ke cermin locker, mencapai sikat lalu menyikat rambutnya yang lurus. Hasil dari teknik rebonding agaknya. Wajahnya yang sedang-sedang diamati dalam-dalam. Senyum lagi. Bedak compact jenama Maybelline ditepuk-tepuk ke muka. Tak ubah macam janda berhias. Mukanya diserongkan ke kiri, kemudian kanan. Kiri lagi, kemudian kanan.

"Cantik jugak aku ni..",detik suara hati keriangan.

Sejak dia mengenali lelaki bernama Mukhriz, hari-harinya jadi semakin bermakna. Dia semakin pandai menghargai diri sendiri. Makannya sangat terjaga. Kalau boleh dia taknak makan nasi selama-lamanya. Sebab Qalishah takut badan naik, gemuk, takut Mukhriz tak suka. Tapi sebab lapar, atau mungkin kerna nasi itu memang keperluan perut orang Melayu, maka ditelannya juga jarang-jarang. 

Qalishah berhubung dengan Mukhriz hampir setiap waktu. Melainkan jika waktu solat, mereka akan berhenti sebentar. Sebab Mukhriz budak baik. Alim sangat. Bak kata orang tua-tua, menantu idamanlah. Qalishah juga takkan ganggu waktu belajar Mukhriz. Sebab Mukhriz budak rajin. Pointer setiap semester mesti dekan. Bak kata omputeh, '3.5 and above' la. Kadang-kadang Qalishah segan dengan Mukhriz. Sebab Mukhriz sangat sempurna baginya. Belajar pandai, alim, muka pun hensem, hidung pun mancung, pipi tersorong-sorong.  Senang cerita 'terlalu sempurna' lah. 

"what's the good point do I have??", bermonolog seorang diri. 

Tapi Mukhriz selalu cakap kat Qalishah, rupa paras tu tak penting. Yang penting hati. Hati baik, perangai baik, automatically rupa paras dihumban jauh ke dalam gaung. Lega hati Qalishah setiap kali diberitahu ayat sebegitu oleh jejaka idamannya. Tapi, bagi Qalishah, tak adil rasanya kalau hanya Mukhriz yang punya banyak kelebihan. Agak tak sesuai dengannya yang serba kekurangan. Oleh sebab tu, Qalishah mula belajar dengan tekun. Taknak mengalah dan taknak kalah. Qalishah yang famous dengan sikapnya yang malas buat homework dan pemonteng kelas yang setia serta merta bertukar jadi ulat buku. Hampir setiap malam Qalishah terjaga dari tidur kemudian study sampai pagi keesokannya keesokan paginya. Orang mula mengenali Qalishah sebagai seorang yang sangat teramat rajin.[???]. 

Bagi Qalishah, menjadi budak pandai bukanlah satu 'good point' yang kukuh. Jadi, dia berazam pula untuk mencantiikan dirinya. Mungkin dengan produk, mungkin dengan diet yang seimbang atau mungkin dengan mendaftarkan diri di pusat-pusat kecantikan bertaraf antarabangsa?? 

"Bila dah pandai, cantik, barulah sepadan!", angau lagi.

Kalau boleh, Qalishah taknak Mukhriz jatuh ketangan orang lain. Taknak sama sekali. Oleh sebab tu, dia sangat yakin bahawa hubungan mereka akan kekal sampai ke jinjang pelamin. Dia tak pernah jatuh cinta sampai begitu sekali. Sanggup merubah diri demi jejaka idaman. Namun, bukanlah semua yang kita harapkan menjadi. 

bersambung...

No comments: