jemput join :)

Friday 23 November 2012

yang terubah dan yang diubah (part2)

Qalishah pernah tanya Mukhriz, apa akan jadi 5tahun akan datang. Dengan harapan Mukhriz akan menjawab bahawa dia akan menjadikan Qalishah teman hidupnya. Namun, soalan itu tak terjawab.

"Malu agaknya..",getus hati nakal Qalishah.

Setiap hari Qalishah menjalani hidupnya seperti biasa sebagai pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara. Menghadiri setiap kelas dengan harapan dia mampu muncul sebagai pelajar terbaik. Demi Mukhriz, insan yang sangat dirasakan sempurna baginya. Kadang-kadang Qalishah ingin kembali ke tabiat lamanya. Ponteng kelas. Tapi Mukhriz berkali-kali menasihatinya.

"Kalau Isha tak pegi kelas, tak dapat la ilmu untuk hari ni..", lembut je Mukhriz memujuk.

Qalishah senyum lagi bila baca SMS berbentuk nasihat dari Mukhriz. Dia berasa seronok dinasihati sebegitu rupa. Oleh sebab tu, Qalishah selalu SMS Mukhriz memberitahu bahawa dia sedang ponteng kelas. Mengharapkan nasihat dari Mukhriz. Nakal betul Qalishah ni. 

Beberapa waktu telah berlalu. Kemudian tibalah waktu yang sukar bagi Qalishah. Makin lama, SMS dari Mukhriz makin berkurang. Biasanya, petang-petang, pulang dari kelas, Qalishah pasti akan on kan handphone dan baca SMS dari Mukhriz dulu. Kalau tiada, Qalishah akan baca balik SMS2 yang disimpan dalam draft messages. Fanatic sungguh Qalishah ni dengan Mukhriz. Namun, dua tiga menjak itu, tiada lagi SMS berbentuk nasihat dari Mukhriz. Sekadar SMS sepatah dua bertanya khabar kemudian selepas Qalishah membalasnya, tiada lagi balas dari Mukhriz.

Bukan selalu Mukhriz begitu. Walaupun Qalishah sangat fanatic dengan Mukhriz, tapi dia berpendirian bahawa dia tidak akan menjadi perigi yang mencari timbanya. Sebab itu, jika Mukhriz tidak menghantarnya SMS selama beberapa hari, selama itu juga Qalishah macam ayam berak kapur. Dia akan tertidur sambil tangan memegang handphone. Menunggu SMS 'selamat malam' dari Mukhriz, dan akhirnya dia akan terjaga keesokan harinya tanpa SMS baru dari Mukhriz.
Hampir seminggu tiada SMS dari Mukhriz, Qalishah diserang demam. Dia makin kerap ponteng kelas. Terbaring je atas katil dengan harapan Mukhriz akan menghubunginya. Fotonya bersama Mukhriz ditatap hampir beratus kali sehari. SMS2 Mukhriz yang dah berzaman atau mungkin dah expired pun dibaca beratus kali. 

"Mungkin Mukhriz tengah sibuk dengan assignment kot..", menyedapkan hati sendiri.

Almaklumlah, Mukhriz bukannya pelajar sekolah menengah macam Qalishah. Dah dua tahun Mukhriz di menara gading nun. Keadaan sebegini makin menyukarkan Qalishah untuk mengagak, kenapa agaknya Mukhriz semakin jarang menghantar SMS kepadanya. Dia tak senang duduk sejak itu. Dan tiap kali Mukhriz menghantar SMS padanya, Qalishah akan balas degan ayat merajuk dan kadang-kadang Qalishah akan marah Mukhriz. Marah yang tak bersebab.

Sebenarnya, hati kecilnya sangat mahu dipujuk oleh lelaki itu. Sebab tu dia berperangai seperti budak hingusan yang memerlukan aiskrim sekiranya dipujuk. Tapi lain pulak jadinya. Bukan pujukan yang diterima, tapi Mukhriz mula bersifat dingin. Ayat-ayat SMS dari Mukhriz juga seakan muak dengan Qalishah yang asyik memarahinya. Mungkin baginya, dia tidak layak sama sekali dimarahi oleh pelajar sekolah. 

Keadaan berlarutan sehinggalah beberapa ketika. Kadang-kadang Qalishah pelik. Apalah yang dibuatnya sampai Mukhriz nampak seakan membencinya. Tapi dia kuatkan diri. Hidup harus diteruskan. Prinsipnya terhadap lelaki hanya satu. 

"Aku takkan menangis sebab lelaki!", tegasnya yakin.

Hari-hari kemudiannya dilalui seperti biasa. Pegi kelas, balik kelas, study, buat homework. Balik rumah dan menyapa ahli keluarga lain seperti biasa dan sebagainya. Sehinggalah suatu pagi, seperti biasa, Qalishah akan tidur bersama handphonenya dalam dakapan. Kira-kira pukul4 pagi, Qalishah terjaga. Handphonenya tertera "1 NEW MESSAGE". Segera dibuka mesej itu lalu dibaca. Mesej itu rupa-rupanya dihantar oleh Mukhriz kira-kira 3jam sebelum Qalishah membacanya. 

Dalam dingin pagi itu, Qalishah kebingungan. Mesej yang diterima dibaca beberapa kali. Matanya yang sepet baru aje tersedar dari tidur itu dibesarkan. Kalau-kalau tersalah baca. 

"Izinkan Muz untuk mitak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kalau ada kekhilafan antara kita selama ini, harap dimaafkan, dan janganlah dibawa ke mati" 

Bersambung..


1 comment:

Tinsyaz said...

salam. menarik cita ni, xsabaq nk tggu smbungn strusnnya.. truskn bkarya :)